6 Mei 2014, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Hari ini dalam sejarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, kerana PPjB Sayani binti Saidon, Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Perak telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Perak Peringkat Ketiga yang membawa gelaran Pingat Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-86. Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Pengaugerahan Darjah Kebesaran Negeri ini kepada beliau telah disematkan oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja DR. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah kepada PPjB Sayani binti Saidon, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Negeri Perak Darul Ridzuan.
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TUAN.

Kemaskini pada 2014-08-19 11:50:08 daripada Admin Perak