Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-JOM HIKING BERSAMA PERISMA KEDAH

JOM HIKING BERSAMA PERISMA KEDAH
_______________________

TARIKH : 21 FEBRUARI 2019 @ 16 JAMADILAKHIR 1440H
HARI : KHAMIS / 8 PAGI
TEMPAT : GUNUNG KERIANG
_______________________

Kedudukan Gunung Keriang yang terletak di pinggir bandar Alor Setar bukan sahaja menjadikan ia mercu tanda yang cukup mudah dikenali dan tersergam indah malah cukup masyhur dengan nilai khazanahnya telah menjadi saksi program sihat yang telah dianjurkan oleh Persatuan Suri dan Wanita Bomba (Perisma) Kedah.

Timbalan Pengerusi Perisma, Puan Zainun binti Ibrahim selaku Pemangku Pengerusi Perisma, JBPM Negeri Kedah, bersama-sama anggota Perisma Kedah telah mengadakan program "Jom Hiking Gunung Keriang"

Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah melepaskan program ini di kaki Gunung Keriang yang juga merupakan antara lokasi pendakian popular di Negeri Kedah.

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Pegawai Kanan Jabatan menyertai program demi memberikan sokongan bagi menjayakan program ini.

Pendakian ke puncak mengambil masa kira-kira sejam setengah ternyata berbaloi dengan aktiviti yang dijalankan seperti bergotong-royong mengutip sampah di sepanjang laluan pendakian demi menjaga keindahan alam sekitar Gunung Keriang oleh kesemua peserta yang terlibat.

Adalah diharapkan aktiviti seperti ini dapat menjadi medium untuk merapatkan ukhwah dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua dan dapat bersama-sama melahirkan budaya sihat dikalangan anggota Suri bomba JBPM Negeri Kedah serta mencintai alam sekitar.

Mengikut rekod Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Tersergam indah serta dikelilingi oleh pemandangan sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer daripada pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Walaupun mempunyai ketinggian sekitar 217.92 meter daripada paras laut tetapi ianya tetap digelar sebagai gunung. Gunung Keriang juga dikenali sebagai ‘Mount Caves’ ataupun dengan nama Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina.

Terima kasih atas kejayaan penganjuran "Jom Hiking Gunung Keriang" ini kepada Persatuan Suri dan Wanita Bomba (Perisma) Kedah.