Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Perancangan dan Penyelidikan (Bahagian)

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

Visi
Menjadi pemacu transformasi sains dan teknologi kebombaan melalui perancangan dan penyelidikan yang berprestasi tinggi.

Misi
Melaksanakan penyelidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Kebombaan secara profesional bagi meningkatkan kecekapan JBPM dan industri kebombaan.

Objektif
Untuk menghasilkan penyelidikan kebombaan yang berkait rapat dengan kelestarian penghidupan.

Fungsi

1. Kajian Operasi Pemadaman Kebakaran :
  • Menganalisa data-data berkaitan dengan kebakaran
  • Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan pemadaman kebakaran
  • Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi pemadaman kebakaran yang baru dan berkesan
  • Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru pemadaman kebakaran
  • Membuat ujian produk/ peralatan pemadaman kebakaran terkini
  • Membuat kajian keberkesanan pemadaman kebakaran untuk risiko kebakaran khas
  • Membuat kajian & penyelidikan keberkesanan pengendalian bencana yang melibatkan CBRNE (Chemical, Biology, Radiology, Nuclear & Explosion)

2. Kajian Operasi Penyelamatan :
  • Menganalisa data-data berkaitan dengan penyelamatan
  • Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan penyelamatan
  • Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi penyelamatan yang baru dan berkesan
  • Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru penyelamatan
  • Membuat ujian produk/ peralatan penyelamatan terkini
  • Membuat kajian keberkesanan penyelamatan untuk bencana industri & bencana alam

3. Kajian Pepasangan Keselamatan Kebakaran :
  • Membuat kajian & penyelidikan ke atas PKK bangunan
  • Penyelidikan mengenai faktor kemanusiaan & persekitaran berkaitan keselamatan kebakaran bangunan
  • Melaksanakan ujian keberkesanan & Perakuan PKK bangunan yang terkini / baru
  • Kajian ke atas piawaian/ standard/ spesifikasi PKK bangunan
  • Membuat cadangan kajian dan penyelidikan untuk digunapakai dan dipasarkan di Negara
  • Membuat kajian Sains & Teknologi Keselamatan Kebakaran
  • Menyelaras penyelidikan & pembangunan industri Keselamatan Kebakaran

4. Kajian Fire Behaviour :
  • Kajian human behaviour, fire science & persekitaran semasa kebakaran, bencana industri & alam
  • Mengkaji & membuat penyelidikan behavioural anggota kecemasan dalam pelaksanaan operasi pemadaman
  • Menjalankan kajian saintifik fire behaviour bahan binaan & kaitannya keselamatan kebakaran bangunan

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memastikan pelaksanaan perancangan dan penyelidikan berkaitan aspek kebombaan dilaksanakan secara professional. Dengan itu kami berjanji :
  • Mengeluarkan laporan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat penyelidikan atau kajian.
  • Mengeluarkan analisa keberkesanan produk dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penerangan produk.
  • Mengeluarkan laporan spesifikasi dan rekomendasi perolehan jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima data teknikal.

Carta Organisasi

Sila klik di sini untuk melihat carta organisasi.

Alamat Perhubungan
YS Penolong Ketua Pengarah,
Pusat Penyelidikan Kebombaan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lengkok Teknologi,
Kawasan Perindustrian Enstek,
71760 Nilai, Negeri Sembilan

Tel: 06-7997600
Fax : 06-7997604
Email:research@bomba.gov.my



Kemaskini pada 2017-05-19 12:22:37 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page