Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN DI TADIKA

KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN DI TADIKA

___________

TARIKH : 23 JANUARI 2019

HARI : RABU

TEMPAT : TADIKA KEMAS KG PULAU SEPOM TIKAM BATU

__________

Pendedahan awal berhubung keselamatan kebakaran di kediaman dan premis dalam kalangan kanak-kanak adalah penting bagi membolehkan tindakan proaktif diambil untuk melindungi nyawa dan harta benda daripada risiko berlaku perkara tidak diingini.

Kempen keselamatan kebakaran di Tadika menerusi Kelab 3K yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Tikam Batu secara berterusan bagi memberi pendidikan dalam membentuk sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak yang mengamalkan budaya mencegah kebakaran.

Pelbagai inisiatif dan aktiviti pendidikan dilaksanakan JPBM Negeri Kedah di peringkat balai dan di seluruh negeri Kedah yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

Kelab 3K (Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak) merupakan langkah yang sering dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran Negeri Kedah berkenaan dalam usaha menerapkan budaya menyelenggara aspek keselamatan dalam kalangan kanak-kanak yang bakal menempuh alam persekolahan.

Adalah menjadi harapan Bahagian Keselamatan Kebakaran Negeri Kedah agar program ini akan memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang keselamatan kebakaran di kalangan kanak-kanak.

 




Kemaskini pada 2019-01-29 12:52:43 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page