Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-MAJLIS SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEDAH

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SERTA JAMUAN KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN KE-77

_______________________

TARIKH : KHAMIS (17.01.2019)
TEMPAT : MASJID ZAHIR ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN.

_______________________

Majlis Bacaan Yasin dan Doa serta Jamuan Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke-77 bertempat di Masjid Zahir Alor Setar Kedah.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Negeri Kedah Darul Aman. Majlis di mulakan dengan Solat Fardhu Maghrib serta Bacaan Yasin dan Doa Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke-77 yang di ketuai oleh Imam Besar Masjid Zahir. Selepas itu, Solat Fardhu Isyak dan Majlis Sesi Santapan DiRaja bersama Rakyat yang hadir di majlis tersebut.

Turut berangkat hadir Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah dan Kerabat-Kerabat DiRaja Kedah.

Hadir bersama YAB. Menteri Besar Kedah dan Isteri YABhg. Tok Puan, YB.Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan YABhg. Isteri, YB. Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan serta Muslimin dan Muslimat.

Ketua Zon 1 (Kota Setar) Tuan Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin turut menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Doa serta Jamuan Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke-77.

Turut hadir sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor setar bersama-sama Anggota bagi bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan semasa majlis ini berlangsung.

 




Kemaskini pada 2019-01-29 11:58:23 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page