Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-KEBERANGKATAN ZIARAH YTM TUNKU TEMENGGONG KEDAH, PENGERUSI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH (YSB)

KEBERANGKATAN ZIARAH YTM TUNKU TEMENGGONG KEDAH, PENGERUSI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH (YSB)

___________

TARIKH : 15 JANUARI 2019 / 9 JAMADILAWAL 1440H

HARI : SELASA / 10:00 PAGI

___________


Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong hari ini berkenan meluangkan masa menziarah keluarga Allahyarham PB Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, di kediaman mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

YTM Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi YSB turut hadir bersama Ahli Lembaga Amanah YSB Y.Bhg Dato' Haji Nasir bin Mustafa; Pengurus Besar YSB Puan Misbah binti Dato' Haji Abdul Hamid serta kakitangan YSB turut hadir pada lawatan pada 10.00 pagi itu meluangkan masa kira-kira 45 minit bertanya khabar selain memberikan semangat kepada ibu bapa Allahyarham.

Pada majlis ini YTM Tunku Temenggong Kedah turut menyertai tahlil ringkas serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban dan kesedihan keluarga Allahyarham.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah turut menyambut keberangkatan YTM Tunku Temenggong Kedah ini yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.

Turut hadir semua Penolong Pengarah Bahagian JBPM Kedah, Ketua Zon, dan Pegawai-pegawai Kanan JBPM kedah.

 




Kemaskini pada 2019-01-29 09:31:25 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page