Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-KUNJUNGAN KEBAJIKAN RUMAH ANGGOTA BOMBA TERBAKAR OLEH PEMANGKU PENGARAH BOMBA KEDAH

 

KUNJUNGAN KEBAJIKAN RUMAH ANGGOTA BOMBA TERBAKAR OLEH PEMANGKU PENGARAH BOMBA KEDAH

________________________________

TARIKH : 6 JANUARI 2019
TEMPAT : KAMPUNG TELOK GELAM, JITRA

________________________________

Rumah seorang anggota bomba di Kampung Telok Gelam, Mukim Naga, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Ketika kejadian jam 12 tengah malam itu, anggota bomba terbabit, Raja Shahril Asyraf Raja Nahar yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja itu dan keluarganya sempat menyelamatkan diri sewaktu kebakaran berlaku.

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12 tengah malam berhubung kebakaran itu dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata, operasi bermula sejurus sepasukan 10 anggota BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Adnan Ahmad tiba di lokasi bersama dua buah jentera dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Setibanya di lokasi didapati api sedang marak di rumah dua tingkat separa batu dan papan itu yang membabitkan kemusnahan 90 peratus.

"Api berjaya dikawal jam 12.49 pagi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu," katanya.

Zamani berkata, setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/…/40…/jeritan-bapa-jadi-penyelamat

CC: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia), Bahagian Korporat Jbpm, Warta Kedah, Bomba Jitra Kedah,

________________________________

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah hadir mengadakan lawatan ke rumah Pegawai Bomba Raja Shahril Asyraf Raja Nahar yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja telah diketuai oleh Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.

Turut hadir Ketua Zon, dan Pegawai-pegawai Kanan JBPM kedah bagi bertanya khabar dan menghulurkan bantuan kepada keluarganya yang sempat menyelamatkan diri sewaktu kebakaran berlaku.

CC : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia), Bahagian Korporat Jbpm, Zuraida Kamarudin

    




Kemaskini pada 2019-01-09 10:30:40 daripada Admin Kedah