Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-KECEMASAN PESAWAT TERHEMPAS

KECEMASAN PESAWAT TERHEMPAS

ORANG ramai terutama penumpang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kedah cemas seketika melihat kapal terbang terhempas di kawasan lapangan terbang itu.
Bagaimanapun, sebenarnya ia hanyalah latihan kecemasan membabitkan pelbagai agensi penguatkuasa di negeri ini.

Malaysia Airport Sultan Abdul Halim, baru-baru ini mengadakan latihan kecemasan berskala besar membabitkan situasi pesawat terhempas ketika mendarat bagi menguji tahap kecekapan setiap agensi yang terbabit dalam mengendalikan situasi kecemasan.

Latihan Full Scale Exercise-Crash Practise 2018 itu berlatar belakang sebuah pesawat ATR72-600 yang membawa 40 penumpang terhempas ketika cuba membuat pendaratan apabila sebuah enjinnya terbakar.

Dalam situasi latihan itu yang diadakan pada pukul 10:15 pagi, sebelas orang terbunuh, enam cedera parah, lapan separa kritikal manakala lima belas lagi cedera ringan.

Agensi penguat kuasa yang menyertai latihan kecemasan bersama itu antaranya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar , anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) LTSAH, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Putra Medical Centre (PMC) dan termasuk wakil operator penerbangan.

_____________________________________

Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Naufal bin Abdullah berkata, latihan ini perlu bagi memastikan setiap agensi bersiap sedia menghadapi situasi sebenar sekiranya berlaku bencana. Selepas latihan ini pihak JBPM Negeri Kedah akan dapat memperbaiki segala kekurangan kerana setiap perkara yang dilakukan direkodkan.

Katanya, latihan itu juga bertujuan memastikan tugas-tugas setiap agensi yang terbabit dalam mengendalikan mangsa kemalangan dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Masih terdapat ruang untuk penambahbaikan terutama dari segi koordinasi melibatkan setiap unit yang terlibat,” katanya.

 




Kemaskini pada 2018-12-17 12:04:55 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page