Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Pembangunan (Bahagian)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

Objektif
  • Memastikan dasar dan perlaksanaan pembangunan kebombaan memenuhi piawaian dan matlamat oleh jabatan.
  • Memastikan perancangan dan pengurusan kewangan pembangunan dijalankan secara telus mengikut prinsip perbelanjaan seimbang dan peraturan.
  • Memastikan piawaian bahan ketahanan api dan sistem perlindungan kebakaran mematuhi kod amali dan peraturankeselamatan kebakaran.
  • Menghasilkan pengkalan maklumat kebombaan yang kemprehensif dan berguna untuk industri kebombaan dan pihak awam.
  • Menjadi pusat kecermerlangan di dalam bidang penyelidikan dan perancangan kebombaan di rantau ini.

Fungsi

1. Unit Peralatan Kebombaan
  • Mengenalpasti keperluan paralatan kebombaan berdasarkan kepakaran dan perkembangan teknologi.
  • Membuat kajian terhadap keberkesanan sesuatu peralatan dan fungsinya.
  • Perancangan perolehan peralatan.
  • Laporan kemajuan prestasi perolehan.
  • Bajet Pembangunan tahunan dan 5 tahun pembangunan berkaitan dengan perolehan peralatan.
  • Prestasi perolehan pendapatan.
  • Mengurus penjagaan dan penyelenggaraan bangunan.

* Peralatan kebombaan termasuklah kenderaan dan peralatan.

Pemodenan Jentera dan Peralatan Kebombaan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempunyai pelbagai jentera dan peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja operasi kebombaan dan penyelamatan.
Antara jentera bomba yang digunakan ialah Fire Rescue Tender (FRT), Rapid Intervention Motorcycle (RIM), Water Tanker, Helikopter, Rapid Fire Rescue Tender (RFRT), Turn Table Ladder (TTL), Hazmat Vehicle, Jentera Bantuan , Bot dan kenderaan pelbagai guna.
Perolehan jentera-jentera bomba adalah untuk memberikan perlindungan kebakaran dan khidmat penyelamatan yang lebih efisien kepada masyarakat.

2. Unit Tanah dan Bangunan
  • Permohonan tapak projek.
  • Permohonan pengambilan balik tanah bagi tapak projek.
  • Dokumen perjanjian MOA.
  • Laporan Hartanah.
  • Penjagaan tanah yang sedia ada.
  • Mengenalpasti keperluan pembinaan Balai dan Kuarter Bomba sesuai dengan NORM.
  • Merangka dan melaksanakan penyelengaraan balai-balai serta kuarters, pejabat dan lain-lain bangunan jabatan;
  • Membuat Feasibility Study.
  • Perancangan Projek Pembangunan JBPM.
  • Laporan kemajuan prestasi projek-projek.
  • Menguruskan Pengisian SPPII JBPM.
  • Lawatan tapak projek pembangunan.
  • Bajet Pembangunan tahunan dan 5 tahun pembangunan.
  • Prestasi belanja pembangunan.
  • Mengurus penjagaan dan peyelenggaraan bangunan bomba.

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memastikan pengurusan perancangan pembangunan, perolehan dan pembayaran dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

Dengan itu kami berjanji akan :
  • Melaksanakan pembangunan fizikal kebombaan yang menepati keperluan teknikal, norma piawai, kualiti dan sumber kewangan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
  • Membuat proses perolehan peralatan dan kelengkapan mengikut dasar perancangan Jabatan, menepati prosedur piawai dan keperluan operasi, dalam jangkamasa yang ditetapkan.
  • Merancang, mengurus dan memantau peruntukan kewangan pembangunan dengan cekap, mengikut peraturan kewangan kerajaan dan menepati jangkamasa yang ditetapkan.
  • Mengurus dan menyediakan baucer pembayaran tuntutan projek pembangunan dan perolehan dalam jangka masa empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan permohonan lengkap.

Carta Organisasi

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Pembangunan.

Alamat Surat Menyurat

YS Penolong Ketua Pengarah,
Bahagian Pembangunan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
Tingkat 4, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel : 03 - 8892 7600
No. Faks : 03 - 8888 0842

email :pembangunan@bomba.gov.my



Kemaskini pada 2017-05-19 12:22:17 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page