Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

ISTIADAT PERARAKAN & PERBARISAN KEHORMATAN SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN KE-29

 TARIKH : 20 OKTOBER 2018 / 11 SAFAR 1440
HARI : SABTU
MASA : 7.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN WISMA DARUL AMAN HINGGA DATARAN MEDAN BANDAR

ALOR SETAR - Lebih 50,000 penduduk dari seluruh negeri membanjiri bandar raya ini bagi menyaksikan Istiadat Perarakan Dan Perbarisan Kehormatan Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Ke-29 bertempat di Dataran Wisma Darul Aman sehingga ke Dataran Medan Bandar Alor Setar Kedah.

Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan tersebut bermula seawal jam 7.00 pagi itu penuh adat, tradisi dan simbolik. Lokasi pertama adalah bermula di Dataran Wisma Darul Aman.

Tiga ekor gajah yang diberi nama Pian, Alam dan Rambai dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah turut berarak dalam istiadat perarakan itu sebagai gambaran simbolik kegemilangan pemerintahan zaman raja-raja Melayu suatu masa dahulu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah tidak putus-putus melemparkan senyuman dan melambaikan tangan kepada ribuan rakyat jelata yang berhimpun di kiri dan kanan jalan itu sebagai gambaran menjulang kasih pemerintah dan rakyat berpisah tiada.

Perarakan Bahtera DiRaja Layang Emas dari Wisma Darul Aman ke Dataran Medan Bandar sejauh 3.4 km di sambut oleh rakyat jelata di pelusuk kiri dan kanan jalan raya.

Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Arif, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah, Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan dan Kerabat – Kerabat DiRaja Kedah.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Menerima Pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records untuk Bahtera DiRaja Layang Emas Terpanjang di Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan bertempat di Dataran Wisma Darul Aman.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah yang di ketuai oleh Timbalan Pengarah, PPjB Mohd Zahar Bin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Kedah tidak melepaskan peluang untuk menyertai Istiadat Perarakan Dan Perbarisan Kehormatan Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Ke-29.




Kemaskini pada 2018-10-22 18:42:20 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page