Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH - JBPM Negeri Kedah Meriah Hari Kebangsaan 2018

31 OGOS 2018 : ALOR SETAR – JBPM  Negeri  Kedah Meriah Hari Kebangsaan 2018
Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 peringkat negeri Kedah berlangsung cukup meriah dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung di Dataran Medan Bandar sejak pukul 7 pagi. Perarakan dimulakan dengan persembahan dari kumpulan pancaragam Kolej Tentera Udara Kepala Batas diikuti pembawa Jalur Gemilang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian dan pancaragam Sekolah Menengah Keat Hwa.

Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff pada pukul 9 pagi. Berangkat sama ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Toh Puan Norzieta Zakaria dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri. Kehadiran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah diketuai sendiri oleh YS Pengarah JBPM Negeri Kedah, PKPjB Abdul Razak bin Muda. Turut serta Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, PPjB Mohd Zahar bin Abdullah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai dan Pegawai Kanan Jabatan yang melibatkan seramai 42 orang pegawai. Sambutan ini juga melibatkan perarakan jentera bomba dan perbarisan seramai 30 orang pegawai yang di ketuai oleh Ketua Cawangan Pendakwaan, PgB Mohamad Zaharul Asyraf bin Zaharin.
Kira-kira 3,000 peserta daripada 89 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan perbarisan ini.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 peringkat negeri Kedah turut dimeriahkan dengan perarakan jentera bomba seperti 2 unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM), 1 unit Emergency Medical Rescue Services(EMRS), 1 unit Fire Rescue Tender (FRT), 1 unit Hydrosub dan 1 unit Aerial Ladder Platform Turn Table (ALPT) yang merupakan aset terbaru jabatan yang membawa Jalur Gemilang melintasi khemah diraja semasa acara berlangsung.
 
 

 




Kemaskini pada 2018-09-03 17:06:26 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page