Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH - PERTANDINGAN KEBUDAYAAN

19 April 2018 - Pada malamnya telah diadakan pertandingan kebudayaan yang berlangsung di Dewan Sri Mas pada jam 21.00 malam. Antara tetamu yang hadir, Tuan Haji Marzuki bin Haji Daud ( Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah) Tuan Haji Romli bin Sumali ( Pegawai Perhubungan Antarabangsa Thailand ) Encik Rahim bin Mat (Penolong Pensyarah Kanan KoKurikulum JPN Kedah) dan Pensyarah-pensyarah Kanan Universiti Chaophraya, Thailand. Persembahan setiap kontijen perlu bertemakan sketsa wayang kulit dan tarian perpaduan. Sebanyak 10 kontijen telah membuat persembahan pada malam ini antaranya: 1. Kontijen Negeri Kelantan 2. Kontijen Negeri Pahang 3. Kontijen Negeri Perak 4. Kontijen Negeri Sabah 5. Kontijen Negeri Johor 6. Kontijen Negeri Selangor 7. Kontijen Negeri Perlis 8. Kontijen Negeri Sembilan 9. Kontijen Wilayah Persekutuan Putrajaya 10. Kontijen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para penonton terhibur dengan persembahan yang telah disampaikan pada malam ini. Tahniah kepada para peserta kerana berjaya menyampaikan mesej kebombaan dalam bentuk persembahan. Sebanyak 6 kontijen akan membuat persembahan pada malam esok. Persembahan berdasarkan kreativiti kontijen dari segi pakaian, aksesori, peralatan dan jalan cerita yang berbeza setiap negeri. Semoga malam esok persembahan akan lebih meriah.
Perkhemahan ini bertujuan mewujudkan integrasi di kalangan ahli Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui penyertaan dalam program aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan kebombaan, program integrasi, kerohanian, riadah dan kesenian.

Acara yang dipertandingkan dalam perkhemahan ini adalah Kawad Kaki (Campuran), Kawad Operasi Kering (L/P), "Brain and Brawn Challenge", ASPEC Challenge (L/P), Ikatan dan Simpulan (Campuran), Kuiz (Kumpulan) dan "Cadet Challenge" (Campuran)

Keputusan Rasmi Teachers Challenge : Acara Membentang Hos 2 Aliran 200' Berpasukan (No.1-Penang, No.2 - Melaka, No.3 - KL) ; Acara Memadam Kebakaran 100' APA (Lelaki Individu) - (No.1 - Kedah, No.2 - Sarawak, No.3 - N9) : (Wanita Individu) - (No.1 - Kedah, No.2 - Melaka, No.3 - Sabah)

 




Kemaskini pada 2018-04-20 13:56:11 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page