Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH - KEBAKARAN KERETA BUKAN BERPUNCA POWER BANK

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)Kedah hari ini menafikan kebakaran sebuah kereta Honda CRV milik guru Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra berpunca daripada 'powerbank'.

Dalam siasatan awal, pihak bomba mengesahkan tiada alat peranti itu ditemui di dalam kereta berkenaan.

Malah, menurut Ketua Unit Perhubungan Awam JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, selain tiada powerbank dalam kereta, tiada unsur khianat dalam kes kebakaran kereta di sekolah itu.

“Saya menafikan dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang mengatakan punca kebakaran adalah disebabkan oleh powerbank atau khianat.

“Pihak bomba masih lagi menyiasat punca kebakaran dan siasatan awal mendapati kemungkinan kebakaran bermula dari bahagian papan pemuka. Walau bagaimanapun pihak bomba masih menunggu laporan siasatan dari bahagian forensik siap,” katanya ketika dihubungi Utusan Online

Semalam, sebuah kereta Honda CRV milik seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Kemunting terbakar hampir 90 peratus di hadapan blok bangunan sekolah itu.

Rentetan itu, sebuah video rakaman kebakaran kereta berkenaan tular di laman Facebook sehingga timbul dakwaan mengatakan insiden berpunca daripada powerbank dan perbuatan khianat. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/video-tiada-powerbank-dalam-kereta-1.605918#ixzz56azX3XYF%C2%A9%20Utusan%20Melayu%20(M)%20Bhd

 




Kemaskini pada 2018-02-11 12:22:04 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page