Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH - PROGRAM HARI SUKAN PEGAWAI KEDAH - PENDEDAHAN GOLF

KHAMIS | 11 Januari 2018

Satu Klinik Golf telah berjaya diadakan di Darulaman Golf Country Club (DGCC). Klinik Golf ini menfokuskan kepada pegawai-pegawai kanan Bomba Kedah. PgKB II Abdul Jalil bin Ishak telah menjadi pengurus kepada program ini.
Program ini melibatkan 45 orang pegawai kanan yang turut disertai oleh YS Pengarah JBPM Negeri Kedah, PKPjB Abdul Razak bin Muda, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran PgKB I Mohd Zaidi bin Ma’at, Penolong Pengarah Bahagian Forensik Kebakaran PgKB II Rahimi bin Ali dan Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan. En. Megat Mohd Yasier bin Megat Ghazali.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih pegawai-pegawai kanan Bomba Kedah tentang kemahiran bermain golf dengan cara dan teknik yang betul. Program seperti ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada setiap pegawai kanan supaya melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek fizikal dan mental selain merapatkan hubungan sesama pegawai.
Melalui program ini semua pegawai diberi bimbingan tunjuk ajar serta latihan dalam aspek teknik asas oleh Pembantu Jurulatih Golf Profesional iaitu En. Mohd Nor Shaari dan Tuan Abdul Mois bin Ahmad Mansur dan oleh YS Pengarah JBPM Negeri sendiri.

Gambar: Peserta diberikan kemahiran bermain golf dengan cara dan teknik yang betul.

Program ini mengambil masa selama 4 jam dan mempunyai 4 sesi iaitu putting stroking/technique, swing technique, half/full swing technique dan chipping skills. Pada penghujung program, semua pegawai diberi peluang untuk bermain golf di Driving Range Darulaman Golf Country Club.

 




Kemaskini pada 2018-01-13 23:10:52 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page