Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Majlis Perasmian Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu

Majlis Perasmian Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu

 

24 September 2013 (Selasa) bersamaan 18 Zulkaedah 1434 Hijrah - Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negeri Terengganu Darul Iman serta jajahan takluknya.

 

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Turut hadir ialah YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu Darul Darul Iman, YAB To' Puan Seri Hajah Norliza binti Mahmud, YB Dato' Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Hj. Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan, YBhg. To' Puan Hajah Rohani binti Abdullah, YBhg. Dato' Seri Arpah binti Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, YBhg. Datuk Noriah binti Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato' Mahadi bin Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), penolong-penolong Ketua Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, pemimpin masyarakat dan orang ramai di sekitar Negeri Terengganu.

 

Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat seramai 101 pegawai yang diringi oleh 80 pegawai pancaragam jabatan yang diketuai oleh PgKB II Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin diikuti dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Dr. Hj. Zulkifly bin Muda, Mufti Negeri Terengganu. YB Menteri dan YAB Menteri Besar telah menyampaikan titah persembahan ucapan sebelum baginda Sultan menyempurnakan titah perasmian dan diikuti menekan gimik pelancaran serta menandatangani plak perasmian.

 

Sebelum berakhir, pertunjukkan kebombaan telah dipersembahkan kepada KBDYMM Sultan dan para tetamu jemputan merangkumi operasi pemadaman, operasi menyelamat di bangunan tinggi, operasi menyelamat oleh Unit K9 dan operasi 'medivac' oleh Unit Udara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Terengganu seterusnya berkenan bersama-sama Pengurusan Tertinggi JBPM dan pegawai kanan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu untuk sesi bergambar.

 

Majlis diakhiri dengan santapan tengahari dan keberangkatan balik Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Terengganu diikuti oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

Sila klik di sini untuk melihat gambar aktiviti.


 


Kemaskini pada 2015-01-22 16:20:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page