Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Program Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon Tawau Negeri Sabah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Program Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon Tawau Negeri Sabah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

 

15 September 2013 (Ahad) - YB Dato' Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Program Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon Tawau, Negeri Sabah di Dewan Yayasan Lau Gek Poh pada 15 September 2013.

 

Antara segmen yang diadakan ialah pertandingan mewarna Kelab 3K, pertandingan kawad operasi, penyampaian sijil Skim Teman Pili Bomba, penyerahan Alat Pemadam Api, demonstrasi kebombaan dan sebagainya. Tujuan utama program ialah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas berhubung aspek keselamatan kebakaran, mendedahkan langkah-langkah perlindungan dan pencegahan kebakaran di kalangan masyarakat umum serta memberikan pengetahuan asas dalam teknik-teknik pencegahan kebakaran.

 

Turut hadir ialah YS TPjB Dato' Rusmani bin Mohamad, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, YS PKPjB Nordin bin Pauzi, Pengarah JBPM Negeri Sabah serta pegawai-pegawai kanan JBPM.

 

Ketibaan YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan disambut oleh pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Sabah

YB Menteri melakukan pemeriksaan kawalan kehormat dan diiringi oleh
YS PKPjB Nordin bin Pauzi, Pengarah JBPM Negeri Sabah

Simbolik pertandingan kawad operasi telah disempurnakan oleh
YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan menyempurnakan gimik pelancaran

YB Menteri sempat melakukan demo CPR semasa melawat pameran


Kemaskini pada 2015-01-22 16:20:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page