Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Tawaran Kerajaan Jepun (JICA) Kepada Malaysia (JBPM) Dalam Lawatan JICA Ke JBPM Putrajaya

Tawaran Kerajaan Jepun (JICA) Kepada Malaysia (JBPM) Dalam Lawatan JICA Ke JBPM Putrajaya

 

- Kassim Maidin, Wan Ahmad Mukhriz Wan Mohamed Dumiri dan Mohd Suhaimi Md Akhir -

 

11 September 2013, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya â?? Delegasi Japan International Cooperation Agency Malaysia (JICA) yang diketuai oleh Ms Okubo Kyoko, Mr Yoshizawa Shinobu dan Puan Shahriza, telah melakukan kunjungan ke Bahagian Latihan JBPM. Pertemuan ini adalah untuk mengadakan perbincangan lanjut tawaran latihan Kerajaan Jepun kepada Malaysia khususnya dalam program penghantaran pegawai JBPM ke Jepun bagi mengikuti latihan Fire Investigation, Control Command Center, HAZMAT, Disaster Management, Public Education, Auxiliary Fire Brigade dan Research Management.

 
PKPjB Mohammad Hamdan bin Wahid sedang mengadakan perbincangan Ms  Okubo Kyoko Wakil Kanan JICA Malaysia bersama dengan delegasi dari Jepun di Bilik Kenanga, Bahagian Latihan JBPM Putrajaya


Juga disentuh dalam perbincangan ini adalah program pertukaran dan penempatan pegawai-pegawai dari kedua Negara khususnya bantuan kepakaran Jepun dalam menjalankan penyelidikan dan penempatan pegawai JBPM dalam Natural Disaster Management di Tokyo atau Kobe Jepun.Tempoh pertukaran pegawai dan latihan ini adalah dalam jangkamasa kurang dari 3 bulan. Ms Okubo Kyoko Wakil Kanan JICA di Malaysia menyatakan bahawa Kerajaan Jepun telah menyediakan tempat dan peruntukan bagi pegawai JBPM dalam tempoh 2 tahun bermula pada 2014.

 

PKPjB Mohammad Hamdan bin Wahid dalam telah merakamkan setinggi-tinggi kepada Kerajaan Jepun khusus JICA kerana telah menawarkan program berkenaan kepada JBPM dan optimis kerjasama dua hala ini akan dapat meningkatkan hubungan baik antara kedua negara.


 


Kemaskini pada 2015-01-22 16:20:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page