Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Lawatan Commanding Officer Fire And Rescue Services Of Maldives Ke Akademi Bomba Dan Penyelamat Mala

Lawatan Commanding Officer Fire And Rescue Services Of Maldives Ke Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia

 

- Kassim Maidin, Wan Ahmad Mukhriz Wan Mohamed Dumiri dan Mohd Suhaimi Md Akhir -

 

Kuala Kubu Bharu Selangor 5 September 2013 - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia telah di kunjungi oleh Colonel Hamid Shafeeq Commanding Officer (Fire And Rescue Services) Of Maldives. Lawatan ini merupakan kunjungan pertama Pegawai Memerintah Perkhidmatan Bomba Dan Penyelamat Negara Maldives.

 

Dalam lawatan ini beliau telah diberi taklimat mengenai perancangan dan pencapaian serta fungsi akademi di Jabatan ini. Dalam perbincangan PKPjB Saadun Mokhtar, Komandan ABPM dengan Colonel Hamid Shafeeq juga disentuh adalah tawaran kursus kepada pegawai-pegawai Negara Maldives. JBPM mempunyai hubungan baik dengan Perkhidmatan Bomba Dan Penyelamat Negara Maldives sejak tahun 1995 dan mengikut maklumat yang beliau sampaikan pegawai bomba Maldives yang pernah berlatih di ABPM telah memegang jawatan tertinggi di Perkhidmatan Bomba Dan Penyelamat Negara Maldives.

 

Juga disentuh adalah MOU antara Malaysia dengan Maldives khusus dalam bidang kebombaan yang bakal dimuktamadkan oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan, Kementerian Luar dan Kementeriaan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam tempoh terdekat ini terutama dalam kepakaran Malaysia dalam pengurusan HAZMAT, forensik dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan kebakaran.

 

Colonel Hamid Shafeeq Commanding Officer (Fire And Rescue Services) Of  Maldives
menyatakan sesuatu kepada PKPjB Saadun Mokhtar Komandan ABPM
semasa kunjungan berkenaan.


Kemaskini pada 2015-01-22 16:19:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page