Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Lawatan Rasmi Japan International Cooperation Agency (JICA) ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Lawatan Rasmi Japan International Cooperation Agency (JICA) ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

 

1 Julai 2013 (Isnin) - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menerima lawatan rasmi oleh delegasi Japan International Cooperation Agency (JICA) seramai lapan (8) orang yang diketahui oleh Mr. Hajime Matsuoka telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Delegasi tersebut telah disambut oleh pegawai kanan jabatan yang diketuai oleh YS PKPjB Mohd Hamdan bin Wahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan.

 

Tujuan lawatan selama empat (4) hari bermula 1 Julai 2013 adalah untuk menjalankan kajian program â??Upgrading of The Professionalism of Fire And Rescue Department of Malaysiaâ? dan mengeratkan hubungan dua (2) hala antara kedua-dua belah pihak. Program selama empat (4) hari meliputi perbincangan dan pemerhatian ke Pusat Pengurusan Operasi (PPO), Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Kuala Lumpur, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, Balai Bomba dan Penyelamat Genting, Pahang, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu, BBP Petronas, Kerteh, Terengganu serta Pusat Perancangan dan Penyelidikan JBPM, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

 

YS PKPjB Mohd Hamdan bin Hj. Wahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan mempengerusikan taklimat antara JBPM dengan pihak JICA

Pegawai-Pegawai Kanan yang turut serta semasa taklimat dan
perbincangan

Delegasi-delegasi daripada Japan International Cooperation Agency
(JICA) yang hadir semasa lawatan

PPjB Pauzan bin Ahmad memyampaikan penerangan tentang
Pusat Pengurusan Operasi, JBPM semasa lawatan ke Pusat Pengurusan Operasi (PPO), Bahagian Operasi

Delegasi JICA sempat bergambar dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan


Kemaskini pada 2015-01-22 16:18:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page