Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Di Ipoh

Khamis, 4 Mei 2017-  Kira-kira 2,000 anggota bomba terlibat dalam perarakan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 yang akan diadakan di Ipoh, Perak. Sambutan yang bertemakan  " Bomba Tonggak Penyelamat Negara" berlangsung di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh bermula pada seawal jam 8.00 pagi. Majlis berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Sambutan diserikan dengan pemeriksaan kawalan kehormat, perarakan anggota perbarisan, pertunjukkan kebombaan, lalu lintas tiga helikopter bomba, perarakan jentera bomba serta perarakan basikal bomba yang digunakan sekitar era 50 dan 60-an. Kaunter untuk penyertaan pasukan bomba selain kaunter serta gerai pameran daripada agensi luar seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran serta Jabatan Pendidikan turut diadakan.



 

 

Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia kepada semua warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba Tonggak Penyelamat Negara



Kemaskini pada 2017-05-10 22:17:54 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page