Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Soalan Lazim

Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?

Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :

  1. Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my.
  2. Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia.
  3. Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.

 

Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM?

Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.


 

Dimanakah Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi ?

Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :-

  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).


ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.


 

Bagaimanakah mendapatkan SURAT SOKONGAN PERLESENAN?

Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.


 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan LAPORAN KEBAKARAN  (SLKK)?

 
I. Pemohon menghantar surat permohonan (SLKK) kepada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM Negeri dengan disertakan wang resit dan laporan polis.
 
II. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan wang bayaran SLKK sebanyak RM100.00 ke Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri. Pembayaran hendaklah sama ada dengan wang tunai (cash money) / pesanan wang (money order) / wang pos (postal order) / deraf bank (bank draf). Pembayaran melalui cek tidak akan  diterima
 
III. Proses pengeluaran SLKK akan mengambil masa 14 hari waktu berkerja.
 
IV. Pemohon boleh mengambil Salinan LAPORAN KEBAKARAN (SLKK) boleh didapati daripada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di negeri-negeri selepas 14 hari permohonan.

Panggilan kecemasan/insiden yang memerlukan bantuan pasukan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
 
Orang awam yang memerlukan bantuan pasukan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) boleh menghubungi talian seperti berikut :
 
I. Talian Kecemasan Negara – 999
 
II. Talian terus Pusat Gerakan Operasi Negeri/Balai Bomba (Lampiran A)
 
III. Talian hotline JBPM (1-800-888-994)

Bagaimanakah hendak menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS)?

 
I. Mengemukakan surat permohonan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri;
 
II. Sekretariat (JBPM) Peringkat Negeri akan membuat semakan untuk kelulusan dan sokongan pendaftaran tersebut;
 
III. Setelah mendapat sokongan dan kelulusan, mereka perlu mengisi dan mengemukakan permohonan pendaftaran pertubuhan secara dalam talian;
 
IV. Permohonan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan akan menerima sijil kelulusan secara dalam talian.

Bagaimana untuk menjadi Pegawai Bomba Bantuan

I. Permohonan Pegawai Bomba Bantuan adalah berdasarkan iklan yang dikeluarkan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) peringkat Negeri;
 
II. Mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati melalui JBPM Negeri;
 
III. Borang permohonan yang diisi hendaklah dihantar sebelum tamat tempoh, tarikh tutup permohonan;
 
IV. Surat panggilan ujian fizikal dan temuduga akan dikeluarkan kepada calon-calon untuk hadir semasa sesi tersebut;

Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba?

  • Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
  • Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
  • Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
  • Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
  • Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
  • SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.

Apakah kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk Agensi Awam dan Swasta dan bagaimanakah untuk memohon kursus yang ditawarkan?

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk agensi awam dan swasta dimana Latihan Kebombaan dan Penyelamatan adalah suatu program yang berterusan dan kemprehensif kepada pegawai bomba, masyarakat dan industri berasaskan kepada peraturan dan undang-undang dalam usaha untuk mencapai konsep Keselamatan Kebakaran yang menyeluruh.
 
2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my. 


Apakah jenis kursus yang ditawarkan untuk pekerja yang bekerja di sektor kilang dan perindustrian dan bagaimanakah untuk memohon kursus tersebut?

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk pekerja yang bekerja disektor perkilangan dan perindustrian. Kursus yang ditawarkan adalah seperti Kursus Keselamatan Kebakaran, Perakuan Bomba, Pepasangan Keselamatan Kebakaran di Bangunan (Sistem Aktif & Sistem Pasif), Penghapusan Bahaya Kebakaran, Akta Perkhidmatan Bomba 1988-AKTA 341 dan Emergency Response Team (ERT).

2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my. 

 

 

1 2 3Halaman 1 dari 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




Kemaskini pada 2020-09-18 16:51:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page