Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
2014-10-23_161353.jpg
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
English | Lain-Lain Bahasa
  
 

Objektif dan Fungsi


OBJEKTIF


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

 

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

  1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
  4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
  5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.


JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

 


 

OBJEKTIF KUALITI

 

Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cemerlang melalui inovasi dan kualiti MS ISO 9001-2008.


Kemaskini pada 2014-07-11 09:45:51 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 28964