Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Majlis Penyerahan Kunci Projek House Build Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Program Nati

Majlis Penyerahan Kunci Projek House Build Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Program National Blue Ocean Strategy (NBOS7)


Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek House Build Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah diadakan pada 20 April 2013 pukul 3.00 petang bertempat di Kampung Mompilis Matunggong, Sabah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Sri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. Turut hadir dimajlis tersebut ialah YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PKPjB Nordin Bin Pauzi, Pengarah JBPM Sabah, YBhg.Tuan Sarapin bin Magana dan pegawai-pegawai kanan jabatan. Peserta Program House Build KPKT iaitu Encik Jaudin bin Sawakup telah menerima replika kunci rumah semasa majlis tersebut.

YAS Ketua Pengarah diiringi oleh YS Pengarah JBPM Sabah telah mengadakan lawatan ke rumah yang telah siap dibina dan telah menyempurnakan upacara memotong riben sebagai simbolik penyerahan rumah secara rasminya kepada peserta terlibat. Dalam lawatan itu juga YAS Ketua Pengarah sempat beramah mesra dengan Encik Jaudin dan keluarga.
 


Kemaskini pada 2015-01-22 16:09:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page