Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah 2016


31 Ogos 2016, Rabu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah merupakan antara 100 kontinjen yang melibatkan 5,000 orang daripada pelbagai agensi swasta, pasukan beruniform dan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 peringkat negeri Kedah yang diadakan di Dataran Alor Setar, Kedah yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ yang memberi pergertian bagi melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada dan ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negeri Kedah. Sambutan di hadiri oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tuanku Sallehuddin Ibni Alhamarhum Sultan Badlishah, Tuanku Temenggong Kedah, Tuanku Laksamana Kedah. Turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Teramat Mulia Dato’ Seri’ DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Panglima Besar Kedah(Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Bashah ,Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato' Haji Badrol Hisham Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan serta Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, Awang Hidzel bin Awang Bujang serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Kedah. Perarakan turut disaksikan lebih 10,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 itu dengan menunjukkan sikap dan semangat patriotik dan diserikan lagi dengan kibaran Jalur Gemilang.


GAMBAR: UNIT SUMBER



Kemaskini pada 2016-11-16 10:51:57 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page