Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah- Program Membawa Turun Jalur Gemilang dari Menara Alor Setar


30 Ogos 2016 - Program membawa turun Jalur Gemilang dari Menara Alor Setar Pimpinan : TPgB Mohd Ridzuan Bin Nut Jamudin Barisan Pembawa Jalur gemilang menuruni menara : 1) PPgB Mohd Khairul Azmi Bin Jaafar 2) PBK II Basri 3) PB Azizul 4) Pb Hazim * INFO MENARIK MENGENAI MENARA ALOR SETAR Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta. Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini. Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.


GAMBAR: UNIT SUMBER


Kemaskini pada 2016-11-16 10:46:35 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page