Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Majlis Penyerahan Jentera Bomba Dan Kenderaan Bomba Sukarela Untuk JBPM Negeri Kedah, Pulau Pinang D

Majlis Penyerahan Jentera Bomba Dan Kenderaan Bomba Sukarela Untuk JBPM Negeri Kedah, Pulau Pinang Dan Perlis

 

Majlis Penyerahan Jentera Bomba dan Kenderaan Bomba Sukarela JBPM Negeri Kedah, JBPM Negeri Pulau Pinang dan JBPM Negeri Perlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia pada 8 Februari 2013 (Jumaat) di Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Kedah.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg Datuk Arpah binti Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan , YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS TPjB Dato Soiman bin Jahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, YBhg Dato' Latt Shariman bin Abdullah,Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri Malaysia, YS PKPjB Azmi bin Tamat, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, YS PKPjB Ahmad bin Shahabuddin , Pengarah JBPM Negeri Kedah, YS PgKB I Mohd Fadzil bin Haroon, Pengarah JBPM Negeri Perlis, Pengerusi-Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Negeri Pulau Pinang, Negeri Kedah, Negeri Perlis serta Pegawai-Pegawai Kanan JBPM.

 

Majlis tersebut bermula dengan pemeriksaan perbarisan kehormat oleh YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dengan diiringi oleh PPjB Abu Obaidat bin Mohamad, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah. Di majlis tersebut, YB Menteri KPKT telah meyerahkan replika kunci Jentera Bomba Fire Resque Tender (FRT) kepada Pengarah JBPM Negeri Kedah, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang dan Pengarah JBPM Negeri Perlis. Seterusnya YB Menteri menyerahkan replika kunci kepada Pengerusi-Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela yang menerima Kenderaan Pasukan Bomba Sukarela Volunteer Fire Response Vehicle (VFRV).

 

Majlis pada pagi tersebut diakhiri dengan sidang media dan jamuan bersama dif-dif jemputan serta masyarakat.

 


Kemaskini pada 2015-01-22 17:21:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page