Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Majlis Perhimpunan Bulan September


ISNIN, 05 SEPTEMBER 2016 - Majlis perhimpunan bulanan di adakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Padang Kawat BBP Alor Setar, Kedah. Amanat daripada Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah kepada semua warga JBPM Kedah hendaklah dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan.

Majlis diserikan lagi dengan Pemakaian Tanda Pangkat KB38, KB29 dan KB22 seramai 15 orang. Selain itu juga majlis ini memberikan sijil penghargaan kepada 3 orang awam, Anugerah Khas untuk Pegawai Bomba Asuad Khalid dan 21 pesara bomba menerima sijil penghargaan untuk mengenang jasa mereka.

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Cenderamata dan Sijil Penghargaan kepada pemenang Pertandingan Kawad Kecekapan 2016, pemenang pingat SUKBOM 2016 dan individu paling cemerlang dalam IPPT.

Terima kasih kepada semua penerima sijil kerana memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan sentiasa berusaha meningkatkan imej jabatan.

Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Kedah telah bertindak sebagai urusetia induk bagi sambutan perhimpunan bulanan pada kali ini.


FOTO/INFO: UNIT SUMBER/PRO


Kemaskini pada 2016-09-24 22:22:00 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page