Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
2014-10-23_161353.jpg
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
English | Lain-Lain Bahasa
  
 

Soalan Lazim


Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?

Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :

  1. Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my.
  2. Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia.
  3. Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.
 

Maklumat selanjutnya >>


 

Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM?

Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.

Maklumat selanjutnya >>


 

Dimanakah Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi ?

Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :-

  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).


ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.

Maklumat selanjutnya >>


 

Bagaimanakah mendapatkan SURAT SOKONGAN PERLESENAN?

Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.

Maklumat selanjutnya >>


 

Bagaimanakah cara mendapatkan salinan LAPORAN KEBAKARAN?

Salinan Laporan Kebakaran boleh didapati daripada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di Negeri-negeri, Daerah-Daerah dan Zon-Zon.

Maklumat selanjutnya >>

Apakah nombor hotline Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia?

999 adalah HOTLINE bagi Seluruh Malaysia. Manakala SMS: 03-88880964 dan talian bebas tol: 1800 888 994

Maklumat selanjutnya >>


 

Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba?

  • Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
  • Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
  • Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
  • Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
  • Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
  • SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.


Maklumat selanjutnya >>


 

Bagaimanakah hendak menubuhkan Bomba Sukarela?

  1. Mengemukakan borang permohonan bagi Pendaftaran Pertubuhan kepada Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat negeri.
  2. Jabatan Bomba dan Penyelamat (sekretariat) peringkat negeri akan memproses borang permohonan.
  3. Setelah borang permohonan diproses, Jabatan akan mengemukakan borang permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri untuk mendapatkan kelulusan.
  4. Setelah mendapat kelulusan permohonan dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri kemudian akan dimaklumkan kepada pasukan yang berkaitan.


Maklumat selanjutnya >>


 

Apakah kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk Agensi Awam dan Swasta dan bagaimanakah untuk memohon kursus yang ditawarkan?

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menganjurkan kursus untuk agensi awam dan swasta. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, bagaimana menggunakan alat pemadam api mudah alih yang sediada dibangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran. Kursus ini mengambil masa selama 5 hari bekerja dan dianjurkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu Selangor dengan kekerapan satu siri setiap bulan.

2. Cara memohon kursus ialah dengan mengisi borang didalam laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.edu.my dan dialamatkan kepada YS Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Padang Tembak, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Maklumat selanjutnya >>


 

Apakah jenis kursus yang ditawarkan untuk pekerja yang bekerja di sektor kilang dan perindustrian dan bagaimanakah untuk memohon kursus tersebut.

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menganjurkan kursus untuk pekerja yang bekerja disektor perkilangan dan perindustrian. Jenis kursus yang ditawarkan ialah Kursus keselamatan kebakaran kilang dan Industeri. Kursus ini ditawarkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu Selangor. Tempoh kursus ini adalah selama 5 hari bekerja.

2. Cara memohon kursus ialah dengan mengisi borang didalam laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.edu.my dan dialamatkan kepada YS Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Padang Tembak, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Maklumat selanjutnya >>


 

1 2 [Berikutnya] Halaman 1 dari 2


Kemaskini pada 2016-02-02 14:22:26 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 65074