Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Pengeluaran Surat Sokongan Lesen Perniagaan JBPM

PENGELUARAN SURAT SOKONGAN LESEN PERNIAGAAN
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia adalah salah satu jabatan yang terlibat dalam pengeluaran surat sokongan lesen perniagaan. Surat sokongan lesen perniagaan JBPM adalah dokumen sokongan yang diperlukan oleh agensi-agensi pengeluar lesen sebelum sesuatu lesen perniagaan dikeluarkan.

Permohonan pengeluaran surat sokongan lesen perniagaan JBPM boleh dibuat melalui agensi-agensi pengeluar lesen atau membawa surat iringan daripada agensi-agensi pengeluar lesen semasa membuat permohonan di Pejabat Zon JBPM. Borang Permohonan Sokongan Lesen Perniagaan boleh dimuat turun dan hendaklah diisi lengkap dengan lengkap sebelum membuat permohonan.

Seterusnya, apabila menerima permohonan, pihak JBPM akan melaksanakan pemeriksaan ke atas premis berkenaan. Pemeriksaan itu adalah bertujuan memastikan premis berkenaan tiada membuat pengubahsuaian dan memastikan tiada bahaya kebakaran. Surat sokongan ataupun tidak menyokong akan dikeluarkan berdasarkan hasil pemeriksaan tersebut. Pengeluaran surat sokongan lesen perniagaan adalah sekali sahaja dan tiada pembaharuan.

Berdasarkan kehendak semasa, terdapat beberapa kategori perniagaan yang di kecualikan dari sokongan lesen perniagaan JBPM seperti jadual di bawah:
 
1JENIS-JENIS PREMIS DAN PERNIAGAAN YANG TIDAK PERLU RUJUK KEPADA JBPM BAGI SOKONGAN PELESENANSYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI
 Lot-lot perniagaan yang beroperasi di premis-premis yang di kenalpasti sebagai “ premis ditetapkan ” dan perakuan bomba sedang berkuatkuasa.

Semua jenis kategori kedai mengikut Jadual Kelima, UKBS, 1984 yang beroperasi di tingkat aras tanah (tingkat bawah) dan keluasan lantai keseluruhan tidak melebihi 750 meter persegi. Contohnya kedai runcit, kedai makan/minuman, bengkel kereta, kedai dobi, kedai aksesori, saloon rambut, kedai alat-alat tulis, kantin sekolah.

Semua jenis kategori pejabat yang beroperasi dari tingkat aras tanah (tingkat bawah) hingga ke tingkat 4 (bagi premis yang ketinggian tidak melebihi 12 meter dari aras tanah hingga ke lantai berpendudukan yang paling tinggi) dan keluasan lantai keseluruhan tidak melebihi 1,000 meter persegi.

Premis restoran atau kedai sesebuah jenis setingkat dan tidak melebihi 750 meter persegi.

Lain-lain Kategori
Papan Iklan / Billboard / Signboard
Perniagaan Sementara / Gerai Kecil / Mudah Alih
Pejabat Sementara (Kabin) seperti pejabat penjualan kenderaan terpakai dan nursery.
Premis telah memiliki Perakuan Bomba yang sah tempohnya yang dikeluarkan oleh JBPM (Lot perniagaan yang beroperasi di “premis ditetapkan”)
Premis telah memiliki Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC),

Tidak melakukan apa-apa pindaan atau pengubahsuaian terhadap premis yang diluluskan seperti kelulusan pelan asal (Pelan bangunan)

Bagi lain-lain kategori, Pemasangan / pembinaan hendaklah tidak mengganggu / menghalang pepasangan kelengkapan kebombaan seperti pili bomba, akses jentera bomba dan lain-lain.
2SURAT SOKONGAN PEMBAHARUAN LESENCSA (PETROL, DIESEL, GAS PETROLEUM CECAIR DAN BAJA KIMIA) DIKECUALIKAN SEKIRANYA:-PEMERIKSAAN DAN SURAT SOKONGAN PELESENAN DIJALANKAN SEKIRANYA
 Tiada perubahan fizikal bangunan,

Pertukaran kegunaan bangunan atau lokasi

Perubahan kuantiti simpanan csa dan

Perlu disertakan surat sokongan jabatan terdahulu.
- Pertukaran pemilik bangunan
- Pemegang lesen tidak pernah mempunyai / gagal mengemukakan surat sokongan pelesenan terdahulu
- Perubahan dari segi kegunaan, lokasi, fizikal premis perniagaan / stor atau kuantiti simpanan CSA
- Perniagaan pernah mengalami kebakaran / letupan/ bencana yang melibatkan keselamatan
- Premis yang mempunyai aduan melibatkan keselamatan kebakaran/keselamatan daripada orang ramai
3KEPERLUAN ASPEK KESELAMATAN KEBAKARAN BAGI INDUSTRI SARANG BURUNG- Tidak perlu rujuk kepada jabatan bagi tujuan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap (CCC) atau sokongan pelesenan.

- Memadai membantu PBT mempertimbangkan kelulusan dalam mesyuarat OSC


  •  
  • Print
  • Email this page