Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Soalan Lazim - Halaman 2

Bagaimanakah cara untuk mengadakan ceramah perlindungan kebakaran kepada masyarakat.

  1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa berusaha dan berharap setiap warga masyarakat tahu tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran khususnya dirumah dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran.
  2. Masyarakat setempat boleh memohon Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia untuk mengadakan ceramah tentang kaedah pencegahan dan keselamatan kebakaran dirumah melalui kesatuan penduduk atau wakil penduduk dengan cara memohon kepada Ketua Balai Bomba yang paling hampir dengan penempatan. Ceramah yang disampaikan tidak dikenakan bayaran.

 


 

Bagaimanakah pemunya/penghuni/mangsa bagi premis/kenderaan yang terlibat dalam insiden kebakaran yang dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia boleh mendapatkan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1)?

Pemunya/penghuni/mangsa bagi premis/kenderaan yang terlibat dalam insiden kebakaran yang dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia boleh mendapatkan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) setelah mengemukakan Salinan Laporan Kebakaran dan Kecemasan (SLKK) dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri-negeri.


Adakah mana-mana syarikat insuran dan pihak peguam boleh mendapatkan salinan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

Tidak. Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) hanya boleh diberikan kepada pemunya/penghuni/mangsa bagi premis/kenderaan yang terlibat dalam insiden kebakaran.

 


 

Berapa lamakah tempoh masa yang diambil bagi sesuatu Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) dikeluarkan?

Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh siasatan kebakaran dimulakan.


 

Adakah saksi yang enggan hadir memberi pernyataan lisan menjadi suatu kesalahan?

Ya. Saksi yang gagal hadir memberikan pernyataan lisan atau mengemukakan maklumat berhubung dengan kebakaran adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 18A Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341). Sekiranya disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda satu ribu ringgit (RM1000.00)


Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran kompaun?

Pembayaran kompaun boleh dibuat secara tunai atau menggunakan wang pos, cek atau bank deraf. Pembayaran secara tunai boleh dibuat di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), JBPM negeri-negeri atau zon. Manakala jika bayaran menggunakan wang pos, cek atau bank deraf hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


 

Apakah tindakan pemunya premis sekiranya masih menyimpan tabung halon atau masih menggunapakai sistem pencegahan kebakaran menggunakan halon?

Penggunaan halon sebagai media pemadaman telah dilarang di Malaysia di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKTA 127), oleh itu Pemunya atau pemilik haruslah menggantikan sistem pencegahan tersebut dengan halon alternatif. Selain itu pemilik premis mestilah menghantar tabung lama halon untuk dikitar semula ke Pusat Perancangan dan Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK) Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan dibawah seliaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JBPM.

 


 

Apakah fasiliti /kemudahan yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK)?

Pihak Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK) mempunyai 2 buah Makmal Kebakaran, Makmal Kimia, Makmal Fabrik, Perpustakaan, Bank Halon Malaysia, Kafeteria, Bilik Seminar dan Bilik Transit.


 

Apakah instrumen penyelidikan yang terdapat di Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK)?

Instrumen penyelidikan yang terdapat di Pihak Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK) adalah Hydrostatic Test Facility, Room Corner Test, Dual Cone Caloriemeter, Halon Recycle Machine, Fire Resistance Test Furnace, Cardiopulmonary Exercise Training (CPET), Fire Suppression Room dan lain-lain instrumen.


 

Jenis-jenis pengujian yang boleh dilaksanakan di Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK)?

Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK) telah melaksanakan ujian seperti Ujian Fabrik, Ujian Fire Suppression for Clean Agent, Vacuum Test for Suction Hose, Hydrostatic test for Hose and Breathing Apparatus Cylinder, Heat Release Heat, Flash Point, Fire Point, Hydrogen Index Test, Cardiopulmonary Exercise Training.


Bagaimana cara permohonan bagi mengadakan taklimat dan demonstrasi produk/peralatan kebombaan.?

Semua permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan Surat rasmi syarikat/Agensi kepada YAS Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.


Bahagian manakah yang akan melaksanakan koordinasi taklimat dan demontrasi produk/peralatan kebombaan?

Setelah permohonan syarikat diterima dan dipersetujui bagi diadakan taklimat dan demontrasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan akan membuat penilaian bagi kesesuaian produk yang berkenaan dan akan menghubungi pihak syarikat bagi menetapkan tarikh taklimat yang sesuai.


Dimanakah surat permohonan perlu dihantar?

Surat permohonan bagi melaksanakan taklimat dan demontrasi produk/peralatan hendak dihantar seperti berikut :-
         
          YAS Ketua Pengarah
          Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia
          Ibu Pejabat
          Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia
          Lebuh Wawasan, Presint 7
          62250 Putrajaya


Adakah di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan boleh membuat kajian bersama pihak ketiga?
 
Ya. Bahagian ini melalui Pusat Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK) menerima sebarang bentuk kajian yang menekankan aspek kebombaan. 
 
Antara kategori kajian yang boleh dijalankan di PUSPEK ialah
1. Kajian penyelidikan bersama universiti tempatan (IPTA/IPTS);
2. Kajian penyelidikan bersama syarikat swasta/korporat;
3. Kajian penyelidikan bersama agensi kerajaan; dan
4. Kajian impak/outcome jabatan

Bagaimana untuk mengetahui senarai bahan binaan/peralatan yang memerlukan Sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran?
 
Untuk makluman, jabatan telah mengklasifikasikan sebanyak 27 jenis bahan binaan dan pepasangan keselamatan kebakaran yang memerlukan Sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran. Kategori tersebut adalah seperti berikut:-
 
1. Lampu Tanda Keluar / KELUAR Sign
2. Lampu Kecemasan / Emergency Light
3. Pintu Rintangan Api / Fire Rated Door
4. Sesekat Api / Fire Damper
5. Gelendung Api / Fire Roller Shutter
6. Batu-Bata / Bricks
7. Bahan-Bahan Kelas ‘O’ / Class ‘O’ Material
8. Pengadang Api / Firestop
9. Dinding Drywall / Drywall Construction
10. Blok Konkrit Rongga / Hollow Concrete Block
11. Pintu Pelantar Lif Tahan Api / Fire Rated Lift Landing Door
12. Pengesan Asap / Smoke Detector
13. Pengesan Haba / Heat Detector
14. Penggera Kebakaran Manual / Manual Fire Alarm
15. Loceng Penggera / Alarm Bell
16. Kabel Rintangan Api / Fire Resistance Cable
17. Salur Bantu Mula / Fire Hose Reel
18. Kepala Sprinkler / Sprinkler Head
19. Salur Tahan Api / Fire Rated Duct
20. Tirai Asap / Smoke Curtain
21. Sistem Pengeluaran Asap / Smoke Extraction System
22. Fire Suppression System / Halon Alternative
23. Panel Penggera Kebakaran / Fire Alarm Panel
24. Alat Pemadam Api / Fire Extinguisher
25. Sistem Dinding / Wall System
26. Sistem Lantai / Floor System
27. External Cladding System

Adakah Sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran perlu diperbaharui setiap tahun?

Ya, sijil tersebut perlu diperbaharui setiap tahun. Ini kerana sijil-sijil yang dikeluarkan mempunyai had tempoh sah maksimum selama 1 tahun sahaja.


Bila waktu yang sesuai bagi pihak pengeluar/pengedar untuk mengemukakan  permohonan memperbaharui sijil?
 
Untuk makluman, pihak pengeluar/pengedar hendaklah mengemukakan permohonan memperbaharui sijil selewat-lewatnya sebelum/pada 1 bulan dari tarikh luput sijil yang sedia ada.
 
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar maklumat seperti berikut:-
1. Surat permohonan rasmi daripada syarikat;
2. Salinan sijil terdahulu bersama Lampiran A1;
3. Sijil Kawalan Kualiti Produk serti SIRIM atau Badan persijilan Luar Negara
- Mana-mana Sijil Kawalan Kualiti Produk yang diperolehi daripada luar negara hendaklah diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah tempatan dan mengemukakan Borang AM80;
4. Senarai lengkap projek sepanjang tempoh sah sijil tersebut; dan
5. Menjalankan pemeriksaan bagi penilaian semula keatas produk serta mengadakan ‘Product Functional Demonstration’ jika terdapat keperluan

Apakah maklumat yang diperlukan bagi permohonan baru sesuatu produk?
 
Bagi permohonan baru (pertama kali) bagi sesuatu produk, pihak pengeluar/pengedar hendaklah mengemukakan permohonan seperti berikut:-
1. Surat permohonan rasmi daripada syarikat;
2. Borang Permohonan BKK-PKK 1 yang lengkap diisi dan ditandatangani;
3. Salinan Laporan Ujian terkini daripada makmal yang diiktiraf seperti SIRIM atau Badan Persijilan Luar Negara;
- Mana-mana laporan ujian yang diperolehi daripada luar negara hendaklah diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah tempatan dan mengemukakan Borang AM80;
4. Sijil Kawalan Kualiti Produk seperti SIRIM atau Badan persijilan Luar Negara;
- Mana-mana laporan ujian yang diperolehi daripada luar negara hendaklah diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah tempatan dan mengemukakan Borang AM80
5. Sijil atau Surat Lantikan sebagai pengedar yang sah;
- Mana-mana surat atau sijil yang diperolehi daripada luar negara hendaklah diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah tempatan dan mengemukakan Borang AM80
6. Profil Syarikat yang terkini;
7. Brosur/Risalah/Katalog produk yang terkini;
8. Sampel produk yang dipohon hendaklah dihantar;
(Hendaklah diletakkan jenama, model dan nama syarikat keatas produk yang dihantar. Produk-produk yang dihantar tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon)
9. Borang Khas (Halon Alternative) - Untuk permohonan baru produk Suppression System;
10. Laporan Ujian bagi Toxicity Test terkini (Halon Alternative);
 

1 3                                                                                                                                                                                                                                                                               Halaman 2 dari 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




  •  
  • Print
  • Email this page