Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Majlis Perbarisan Tahunan 2013

Majlis Perbarisan Tahunan 2013

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diadakan pada 31 Januari 2013 (Khamis) pukul 8.30 pagi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Turut hadir dimajlis tersebut ialah YAS Dato’ Mahadi bin Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YAS Dato’ Hj. Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YS Penolong-Penolong Ketua Pengarah, YS Pengarah-Pengarah Negeri, Komandan-Komandan FRAM, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan, Dif-dif jemputan, rakan-rakan media, NGO’S serta warga JBPM daripada negeri-negeri.

   Dalam perutusannya, YAS Dato’ Wan Mohd. Nor bin Hj. Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyeru kepada seluruh warga bomba agar sentiasa melakukan tranformasi melalui inovasi seiring dengan matlamat YAB Perdana Menteri yang mengutarakan enam (6) prinsip baru transformasi sektor awam yang perlu diperkasa dan direalisasikan. Enam (6) prinsip tersebut tercantum didalam akronim CTI dan PCI. CTI bermaksud (Cepat, Tepat dan Integriti) dan PCI bermaksud (Productivity, Creativity dan Inovasion). Bagi menyahut cabaran ini, warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dituntun untuk lebih kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih berdaya saing, bijaksana dan sentiasa mencari idea baru untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberi kepada rakyat. Disamping itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan IGNIS dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang yang telah mengungguli Anugerah Inovasi Negara bagi Kategori Perkhidmatan pada tahun 2012 dan berjaya menggondol anugerah berupa insentif kewangan bernilai RM 50,000.00. Kejayaan ini membuktikan bahawa benih-benih inovasi dan kreativiti telah wujud di dalam jabatan dan apa yang perlu dilakukan ialah untuk mengembangkan lagi benih ini supaya menjadi suatu budaya yang subur di dalam jabatan ini.

   Bersempena majlis tersebut juga, YAS Ketua Pengarah JBPM telah menganugerahkan Pingat Kebesaran Jabatan kepada enam (6) orang pegawai kanan, tiga (3) penerima daripada agensi luar dan sebelas (11) penerima Sijil Penghargaan (Media). Selain dari itu, jabatan juga telah menerima Sijil MS ISO 9001:2008 yang disampaikan oleh Puan Khalidah binti Mustafa, Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn.Bhd. Didalam majlis yang sama YAS Ketua Pengarah JBPM juga telah menyampaikan sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin dari seluruh warga bomba berjumlah RM 60,670.00 yang diterima oleh YBhg Datuk Manja bin Ismail bagi pihak Media Prima Berhad.

   Majlis pada pagi tersebut diakhiri dengan Majlis Pelancaran Buku Pembudayaan Integriti JBPM 2012 serta lawatan ke pameran oleh YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan jabatan.
 



Kemaskini pada 2015-01-22 17:22:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page