Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Pasukan Bomba Sukarela

Sila klik di sini untuk melihat senarai Pasukan Bomba Sukarela.


Objektif

Tujuan penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan tertentu bagi menggalakkan penduduk- penduduk setempat untuk :
  1. Penubuhan pasukan pemadaman dan penyelamat bagi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  2. Membantu memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran.
  3. Mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran.
  4. Pasukan bomba sukarela akan dapat membantu jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia didalam usaha-usaha penjagaan pili bomba yang terdapat di kawasan masing-masing.

Polisi penubuhan

Penubuhan pasukan bomba sukarela adalah di bawah peruyukan seksyen 62(1)(Ca) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan penubuhannya tidak akan melibatkan implikasi kewangan terhadap kerajaan.

Organisasi

Bagi mempastikan pasukan bomba sukarela dijalankan secara lebih berkesan perlu ada organisasi bagi pasukan tersebut seperti berikut :

1. Penaung

Peringkat kebangsaan adalah Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan peringkat negeri boleh dilantik daripada kalangan Yang Berhormat Menteri Besar negeri masing- masing atau orang-orang yang berpengaruh di kawasan berkenaan.

2. Penasihat Pasukan Bomba Sukarela

Penasihat Pasukan Bomba Sukarela ini hendaklah terdiri daripada Pengarah atau Pegawai Kanan Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat Negeri atau daerah berkenaan.

3. Struktur Organisasi

Suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pengelola Pasukan Bomba Sukarela hendaklah dilantik di dalam Mesyarat Agung Dwi- Tahunan yang terdiri daripada :
  1. Seorang Pengerusi
  2. Seorang Timbalan Pengerusi
  3. Seorang Setiausaha
  4. Seorang Penolong Setiausaha
  5. Seorang Bendahari
  6. Empat (4) orang Ahli Jawatankuasa

Jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan kecuali jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang akan dilantik oleh Pengerusi sendiri.

4. Syarat-syarat Keahlian :
  1. Keahlian adalah Warganegara Malaysia.
  2. Permohonan terbuka kepada penduduk setempat yang berumur 18 tahun ke atas, mempunyai keupayaan kesihatan yang baik, tidak cacat anggota dan menjadi ahli hendaklah menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran ‘B’ dan disokong oleh pengerusi. Permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah memberikan pengakuan taat setia sebagai ahli pasukan.
  4. Setiap ahli digalakkan untuk mengambil perlindungan insuran secara berkelompok bagi kepentingan masa hadapan.
  5. Permohonan untuk menjadi ahli akan dikenakan bayaran sebanyak sepuluh ringgit Malaysia(RM 10).
  6. Ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela :
     
    1. Menghadiri latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyalamat, Malaysia.
    2. Menghadiri diri untuk bertugas pemadaman dan penyelamat ketempat kebakaran atau lain-lain tugas kecemasan.
    3. Mematuhi apa-apa arahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Ketua Pasukan. Di dalam kerja memadam kebakaran yang dihadiri oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela hendaklah mematuhi segala arahan Pegawai Kanan Bomba yang mengetuai operasi pemadaman tersebut supaya mengelakkan percanggahan dan bahaya-bahaya tidak seragam dalam tindakan operasi.
    4. Memberitahu Ketua Pasukan dengan kadar segera bila tidak dapat aktif kerana sakit atau urusan-urusan peribadi.
    5. Tidak dibenarkan memberi maklumat tentang hal-hal kebakaran yang dihadiri kepada media masa.
    6. Memakai unifom yang telah ditetapkan bila hadir ditempat kebakaran perbarisan, latihan dan lain-lain aktiviti pasukan.
    7. Memberi notis dalam tempoh tidak kurang daripada satu bulan jika hendak berhenti daripada menjadi ahli pasukan atau berpindah ke kawasan lain.
    8. Tidak menggunakan atau memakai unifom pasukan di luar aktiviti pasukan atau menyalahgunakan unifom.

5. Larangan Keahlian :
  1. Pasukan atau ahli-ahlinya dilarang mengadakan sebarang permainan perjudian di tempat persediaan atau mana-mana tempat yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pergerakan Pasukan Bomba Sukarela.
  2. Pasukan dilarang menyalahguna peralatan memadaman pasukan yang disediakan.
  3. Pasukan ini tidak boleh menjalankan loteri, sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama pasukan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
  4. Semasa menjalankan operasi memadam kebakaran pasukan dilarang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

 




  •  
  • Print
  • Email this page