Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kelab 3K

Mengenai Kelab

Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (Kelab 3K) adalah salah satu program Pembelajaran dan Kesedaran Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ditujukan kepada golongan kanak-kanak. Adalah menjadi harapan agar program ini akan memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang keselamatan kebakaran kepada kanak-kanak yang bakal menempuh alam persekolahan.

Objektif
  1. Mengenal aktiviti-aktiviti kebombaan.
  2. Boleh bertindak BERHENTI - REBAH - GULING dan MERANGKAK ketika kebakaran.
  3. Boleh mengenal angka dan warna, mewarna dan bertutur.

Modul 1 - Teori (10 sessi)
SesiSukatanTempat & PeralatanPengajar
1 - 21.1 Huruf dan Gambar
Mengenal huruf.
Menulis huruf.
Mengisi kotak kosong.
Tempat : Kelas (tadika masing-masing)Guru tadika
3 - 41.2 Gambar dan Angka.
Mengenal angka.
Menulis angka.
Menyambung titik mengikut bilangan.
Peralatan :
Buku aktiviti 3K.
Peralatan menulis dan melukis.
 
5 - 61.3 Mewarnakan Lukisan
Mewarnakan huruf dan angka.
Jentera bomba.
Rumah terbakar.
Merangkak semasa kebakaran.
Berhenti, rebah dan guling.
  
7 - 81.4 Padankan
Berhenti, Rebah dan Guling.
Api baik dan jahat.
Gambar dan perkataan.
Gambar dan angka.
  
91.5 Puzzle
Ujian kecerdasan melalui permainan puzzle.
  
10Ulangan  

Modul 2 – Bahagian Praktikal (4 sesi)
 
SesiSukatanTempat & PeralatanPengajar
1 - 22.1 Latihan
Berhenti, Rebah, Guling dan Merangkak.
Langkah-langkah selepas Berhenti, Rebah, Guling dan Merangkak.
Tempat : Kelas (Tadika masing-masing)
Peralatan : Lantai dialas dengan kusyen, tikar atau karpet.
Jurulatih dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah
3 - 42.2 Demonstrasi (untuk guru tadika)
Tatacara menggunakan alat pemadam api mudah alih.
Tempat : Tempat terbuka
Peralatan :
Bekas tong untuk membakar.
Minyak tanah.
Alat pemadam api mudah alih.
Jurulatih dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah

Modul 3 – Bahagian Lawatan (6 sesi)
 
SesiSukatanTempat & PeralatanPengajar
1 - 43.1 Lawatan ke Balai Bomba.
Melawat Bilik Kawalan dan Engine Bay.
Mengenali jentera bomba.
Memakai pakaian bomba.
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat terdekatJurulatih dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah
5 - 63.2 Coretan
Menceritakan pengalaman lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat.
Melukis peralatan yang dilihat di Balai Bomba dan Penyelamat.
Tempat : Kelas masing-masingGuru tadika

Pertanyaan

Bahagian Keselamatan Kebakaran,
Tingkat 1, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
Tel : 03 - 8892 7600
Faks : 03 -8892 7977 / 7988


Kemaskini pada 2016-07-22 11:53:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page