Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Mess Nite 2014 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Mess Nite 2014 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

5 Mei 2014 (Isnin) - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Mess Nite Tahun 2014 bersempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014 di Hotel Marriot Putrajaya. Tetamu kehormat dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Arpah bin Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Mahadi bin Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YAS Dato’ Hj. Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Penolong-Penolong Ketua Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Bomba Negeri serta Pegawai Kanan Jabatan bersama isteri masing-masing.

Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat dimulakan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Seterusnya ialah YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menyampaikan ucapan dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada YB Menteri KPKT.

Majlis yang telah dihadiri seramai 110 orang pegawi kanan jabatan itu telah diiringi dengan persembahan oleh Pasukan Kombo Jabatan yang diketuai oleh TPgB Azalin bin Samdin.
 



Kemaskini pada 2015-01-22 16:30:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page