Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

eFEIS

Electronic Fire Extinguisher Inspection System atau eFEIS adalah satu sistem bagi pengurusan alat pemadam api di negara ini. Ianya dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai satu kawalan atau pemantauan ke atas alat pemadam api mudah alih yang berada dl bangunan atau premis.

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan adanya piawaian Malaysia iaitu MS1539 : Part 4 : 2006 Specification For Portable Fire Extinguisher Maintenance of Portable Fire Extinguisher — Code Of Practice.

Sehubungan dengan itu, JBPM telah menetapkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan alat pemadam api mudah alih perlu mematuhi keperluan kepada MS 1539. Part 4 : 2004. laitu mana-mana pihak yang hendak melaksanakan kerja kerja-kerja penyelenggaraan alat pemadam api perlu terlebih dahulu :
  • mendaftar sebagai competent person secara online
  • mendaftar sebagi kontraktor penyelenggaraan alat pemadam api secara online.

Pendaftaran sebagai competent person dan kontraktor boleh dibuat secara online melalui sistem eFEIS ini dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Melalui sistem eFEIS ini, kontraktor yang telah berdaftar perlu melaksanakan perkara-perkara berikut bagi tujuan mendapat pengesahan ke atas alat pemadam api yang telah diselenggara iaitu :
  1. Mendaftar alat pemadam api yang diselenggara secara online.
  2. Membuat tempahan pemerlksaan alat pemadam api dl pusat eFEIS secara online.
  3. Membuat bayaran pemeriksaan secara online.
  4. Membawa alat pemadam api yang ditempah ke pusat eFEIS pad tarikh yang ditempah.
  5. Barcode sticker akan dikeluarkan ke atas alat pemadam api yang diluluskan. (Barcode sticker dikeluarkan bagi menggantikan sijil H13)

Sila klik di sini untuk ke sistem EFEIS.


  •  
  • Print
  • Email this page