Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Majlis Pelancaran Pemeriksaan Premis, OPS RAYA


KHAMIS, 2 Julai 2015 - Majlis  Pelancaran Pemeriksaan Premis Sempena Musim Perayaan atau OPS Raya  di adakan di Ruang Legar Tingkat 1, Alor Star Mall, Kedah. Majlis dimulakan seawal jam 10.30 pagi merupakan simbolik kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan keselamatan diri dan harta benda.
 
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, PPjB Awang Hidzel Bin Awang Bujang. Acara diteruskan dengan penyerahan fail-fail premis pemeriksaan OPS Raya 2015 kepada ketua-ketua Zon JBPM Negeri Kedah. Majlis dimeriahkan dengan majlis penyampaian Sijil Perakuan Bomba kepada premis-premis yang ditetapkan. Majlis juga tidak ketinggalan menyampaikan Sijil Teman Pili Bomba kepada masyarakat yang sentiasa menyumbang dan membantu pihak bomba.

JBPM Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih  kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Senarai Premis yang menerima  Sijil Perakuan Bomba:

1. Aneka Retail (M) Sdn. Bhd GURUN
2. Souq Realty Sdn. Bhd.
3. Green Point Precision (M) Sdn. Bhd
4. Kedah Medical Center Sdn. Bhd.
5. Tesco Sungai Petani Selatan
6. Tandop Hotel Sdn. Bhd.
7. Harvard Hotel (Jerai) Sdn. Bhd.
8. Jitra Mall
9. Minebea Electronics Motor
10.Alor Star Mall
11.Tesco Alor setar
12. Tesco Stargate
13.Starcity Hotel Alor Setar
14.Thong Guan Trading
15.  AEON Big

Senarai Penerima Sijil Teman Pili Bomba

1. Hasnizam Bin Hassan
2. Rashidi Bin Hamzah
3. Rashidan Bin Ismail
4. Rizzuan Bin Ahmad
5. Mohd Hafez Bin Md Tadjudin
6. Mohd Firdaus Bin Ahmad
7. Muhammad Shahrizal Bin Jaafar
8. Amer Bin Saad
 

INFO/GAMBAR: PRO DAN UNIT DOKUMENTASI


Kemaskini pada 2015-08-14 13:32:02 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page