Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - The ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercise 2015 (ARF DiREx 2015)

SELASA, 26 Mei 2015 - The ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercise 2015 (ARF DiREx 2015) adalah tentatif yang telah dijadualkan dari 24-28 Mei 2015 bertempat di negeri Kedah dan Perlis.  Malaysia dan Republik China dipertanggungjawab mempengerusikan acara ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selaku agensi penyelamat utama terlibat secara langsung dalam ARF DiREx 2015 dalam latihan "collapse structure", "landslide", "flood evacuation", "hazmat rta", "CBRN chemical leakage" dan "maritime sar"  serta  melibatkan kekuatan anggota dan jentera bagi  27 buah negara bergabung dalam satu forum.
 
Fokus utama ARF DiREx 2015 adalah untuk menguji usaha penyelarasan awam-tentera, mewujudkan sinergi dan menyelaras usaha-usaha ke arah menyokong keberkesanan pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) sebagai landasan umum untuk pengurusan bencana rantau ini. Ia juga akan meneruskan kemajuan yang dicapai oleh ARF DiREx sebelum ini diadakan dan  mengambil  sebahagian daripada cadangan yang dibuat oleh pengerusi bersama sebelumnya.
 
Berdasarkan senario bencana, penganjuran ARF DiREx memerlukan penglibatan dan penyelarasan yang berkesan oleh agensi-agensi kerajaan, organisasi antarabangsa dan organisasi awam / badan-badan bukan kerajaan. Di antara kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat adalah seperti berikut:

Kementerian / Agensi:

1. Kementerian Luar Negeri  Malaysia
2. Majlis Keselamatan Negara (Bahagian Pengurusan Bencana)
3. Universiti Utara Malaysia (UUM)
4. SMART Team
5. Kementerian Pertahanan (Dasar dan Perancangan)
6. Kementerian Dalam Negeri
7. Kementerian Pertanian
8. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
9. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
10. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
11. Jabatan  Bomba dan Penyelamat Malaysia
12. Jabatan Meteorologi Malaysia
13. Jabatan Pertahanan Awam  (JPAM)
14. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
15. Jabatan Imigresen Malaysia
16. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
17. Angkatan Tentera Malaysia
 
 
 

 

Di antara senarai Negara yang terlibat sepanjang ARF Direx 2015;
  Brunei  Australia  Papua New Guinea
  Cambodia  Canada   Democratic People's Republic   of  Korea
  Indonesia  China   Mongolia
  Laos  European Union  Pakistan
  Malaysia  India   Timor-Leste
  Myanmar  Japan   Bangladesh
  Philippines  New Zealand   Sri Lanka
  Singapore  Republic of Korea  
  Thailand  Russia  
  Vietnam  United States 


Kemaskini pada 2015-06-14 13:00:22 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page