Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Putrajaya - 22 Mei 2015 : Ceramah Agama Bertajuk Peristiwa Isra’ dan Mikraj

CERAMAH AGAMA BERTAJUK PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ

Pada 22 Mei 2015 (Jumaat) jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sutera, telah diadakan satu Ceramah Agama bertajuk Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Al Ghonim yang diterbangkan khas oleh Bank Islam dari Mesir ke Malaysia. Seorang graduan Universiti al-Azhar, Mesir dan merupakan anggota termuda Majlis Fatwa Mesir. Keistimewaan Ustaz Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Al Ghonim ini beliau berkebolehan berbahasa Melayu loghat Kelantan dengan fasih.  Turut hadir dalam sesi ceramah yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang tersebut adalah YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Hj Wan Mohd Nor Bin Hj Ibrahim, YS Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Dato’ Hj Amer Bin Hj. Yusof, YS PKP Bahagian Keselamatan Kebakaran, Dato’ Rusmani Bin Muhamad  YS PKP Bahagian Pembangunan Dato’ Yusof Bin Sidek , YS Pengarah JBPM Putrajaya, PgKB 1 Md Hilman Bin Abd Rashid, pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan kakitangan gunasama.


 

>>>> Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar <<<<

 

 



Kemaskini pada 2015-05-23 00:25:03 daripada Admin Putrajaya

  •  
  • Print
  • Email this page