Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Larian Jerai Bersama Bomba


SABTU, 16 Mei 2015 - Kempen Keselamatan Kebakaran dan Larian Jerai bersama Bomba sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2015. Pelepasan peserta larian disempurnakan oleh YB Dato Badrol Hisham Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pameran dan jualan gerai daripada pelbagai agensi  turut di adakan di antaranya Bank Rakyat, Jabatan Imigresen, Telekom Malaysia dan Perisma Kedah.  Kempen Derma Darah dikendalikan oleh Hospital Daerah Yan dan mendapat sambutan yang menggalakan.
 
Pertandingan Mewarna Kelab 3K, Pertandingan APA (Alat Pemadam Api), Pertandingan Pasukan Bomba Sukarela dan ERT merupakan antara aktiviti yang diadakan di kaki Gunung Jerai.

Penyertaan daripada orang ramai amatlah menggalakkan. Dianggarkan seramai 500 orang peserta menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.
 
 
Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang kerana berjaya menawan puncak Gunung Jerai. JBPM Negeri Kedah mengucapkan syabas dan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama diatas program yang dianjurkan ini.



GAMBAR/INFO:UNIT DOKUMENTASI/PRO


Kemaskini pada 2015-06-15 10:09:50 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page