Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Forum Pemerkasaan Integriti Bil 2/2015, Zon Utara

SELASA, 21 April 2015 - Forum Pemerkasaan Integriti Peringkat Zon Utara telah di adakan di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perinndustrian (ILP) Kepala Batas, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi merupakan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Forum Pemerkasaan Integriti Peringkat Zon Utara ini turut melibatkan JBPM Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa jabatan lain.
 
Forum yang bertemakan "Merakyatkan Agenda Integriti Dalam Sektor Awam"  dikendalikan oleh Moderator YBrs Tuan haji Hamilye Sham Bin Harun, Pengarah Sektor Sosio Budaya, IIM. Majlis dirancakkan lagi dengan tiga orang panel iaitu YBhg. Dato' Sri Professor Dr. Md Salleh Yaapar, Ombudsman Office, USM yang mengupas tajuk "Peranan Penjawat Awam Dalam Memperkasakan Integriti.
 
Majlis seterusnya disampaikan oleh YBhg. Professor Madya Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd Nor. Beliau merupakan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan tajuknya "Penghayatan  Integriti, Satu Perspektif Islam. Panel yang ketiga merupakan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, YBhg. TPj Dato' Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil yang bertajuk "Penguatkuasaan dan Pencegahan Rasuah di Malaysia: Isu, Cabaran dan Halangan.
 
Majlis Perasmian Penutupan Forum Pemerkasaan Integriti disempurnakan oleh YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas. Turut hadir bersama memeriahkan majlis Ketua Pengarah JBPM , Yang Amat Setia Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, YBhg. Dr. A Bakar Bin Sarpon, Timbalan Presiden IIM serta Pengarah Negeri JBPM Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
 

 


INFO/GAMBAR: PRO DAN ICT
 


Kemaskini pada 2015-05-14 00:22:18 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page