Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Tahniah Kepada Penerima APC 2014

RABU, 18 Mac 2015 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Peringkat Zon Utara 2014 telah disempurnakan oleh YAS Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM. Majlis gilang gemilang ini di adakan di Hotel Seri Malaysia, Negeri Perlis.
 
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh anggota perkhidmatan Awam yang mutu dan penghasilannya melebihi daripada tanggungjawab biasa bagi jawatannya.
 
Majlis APC JBPM 2014 pada kali ini menggabungkan 3 buah negeri  di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diantara negeri yang terlibat adalah JBPM Negeri Perlis selaku tuan rumah, JBPM Negeri Kedah dan JBPM Negeri Pulau Pinang.

Seramai 19 orang penerima sijil daripada JBPM Negeri Perlis, 60 orang daripada JBPM Negeri Kedah dan 69 orang penerima sijil daripada JBPM Pulau Pinang
 
JBPM Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC 2014 dan berharap dengan adanya anugerah ini, ia akan menjadi katalis ke arah merangsang kakitangan lain untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan cemerlang.
 
 




Kemaskini pada 2015-04-08 21:14:57 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page