Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Soalan Lazim - Halaman 3

Apakah hukuman atau denda yang boleh dikenakan sekiranya notis penghapusan bahaya kebakaran tidak dipatuhi?
 
Menurut Akta 341, Seksyen 10; Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis menghapuskan bahaya kebakaran yang disampaikan kepadanya menurut seksyen 8 dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada suatu perintah di bawah seksyen 13 telah dibuat terhadapnya atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
 

Bolehkah laluan pelepasan diri dikunci sehingga sukar diakses dengan mudah dan adakah menjadi suatu kesalahan?

Laluan pelepasan diri (pintu api) tidak boleh dikunci dan sekiranya laluan tersebut menggunakan magnetic door lock ianya hendaklah boleh dibuka dengan mudah tanpa pengetahuan khas (password/access card) semasa kecemasan kebakaran berlaku.
 
Perkara ini menjadi suatu kesalahan sekiranya laluan pelepasan diri (pintu api) dikunci dan tidak boleh diakses dengan mudah semasa kecemasan kebakaran sepertimana termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 2, Tafsiran bahaya kebakaran (f) apa-apa perkara atau hal keadaan lain yang pada materialnya meningkatkan kemungkinan
berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya
kebakaran, atau yang pada materialnya akan mengganggu Jabatan Perkhidmatan Bomba
dalam menjalankan tugasnya sekiranya berlaku kebakaran;
 

Adakah boleh saya meletakkan atau menyusun barang-barang yang menghalang sesuatu pintu api dan tangga dalam bangunan?

Tidak boleh, keadaan ini akan menyebabkan jalan keluar yang tidak mencukupi dan menjejaskan keselamatan nyawa sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.
 
Perkara ini menjadi suatu kesalahan sepertimana termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 2, Tafsiran bahaya kebakaran I jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan perlindungan kepada orang-orang sekiranya berlaku kebakaran.

Jika saya seorang pengusaha kilang, pasaraya dan lain-lain, bagaimanakah saya boleh membantu JBPM supaya premis saya tidak berada dalam keadaan mempunyai bahaya kebakaran dan tidak disabitkan kesalahan yang melanggar peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988?

Pada umumnya bahaya kebakaran boleh dielakkan dengan cara mematuhi semua perkara-perkara yang dikategorikan dalam tafsiran bahaya kebakaran, seksyen 2, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 antaranya;
 
i. Tidak melakukan pengubahsuaian pada bangunan yang menyalahi undang-undang;
ii. Memastikan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan       kebakaran sentiasa berada dalam keadaan baik contohnya Lampu Kecemasan tanda KELUAR, Alat Pemdam Api dan lain-lain lagi; dan
iii. Sentiasa mengamalkan good housekeeping supaya tidak mengganggu jalan keluar.
 

Apakah maksud Sistem SPKA?
 
Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) merupakan satu sistem yang dihubungkan ke Main Fire Alarm Panel di premis-premis yang ditetapkan dengan pusat kawalan SPKA (IMC) dan seterusnya ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pusat Kawalan SPKA (IMC) adalah bertanggungjawab untuk menapis semua false alarm yang diterima melalui pengesahan secara terus dengan pihak premis sebelum disalurkan kepada JBPM untuk tindakan susulan.
 
 

Jika premis saya dikategorikan sebagai Premis Ditetapkan, adakah pihak JBPM yang akan memasang sistem SPKA tersebut?

JBPM telah melantik Syarikat Iscada Net Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) dan syarikat ini telah dipertanggungjawabkan untuk pemasangan sistem tersebut bagi menggantikan sistem Computerised Monitoring System (CMS) yang dilaksanakan sebelum ini.

Adakah sistem SPKA ini wajib dipasang di premis bangunan yang dikategorikan sebagai Premis Ditetapkan (Designated Premis)?

Pemasangan SPKA merupakan syarat wajib bagi pengeluaran Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate) kepada Premis Ditetapkan. Kehendak kebombaan ini adalah  diperuntukan dibawah Seksyen 29 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan perintah 3 Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) 1998 [P.U.(A) 276/1998]. Pemilik bangunan bagi Premis Ditetapkan adalah bertanggungjawab mengadakan penyambungan SPKA ini. Kegagalan pihak premis memenuhi keperluan ini akan menyebabkan Sijil Perakuan Bomba tersebut tidak dapat dikeluarkan.
 

Bagaimanakan cara untuk mendapatkan sistem SPKA ini?

Permohonan untuk mendapatkan sistem SPKA ini adalah secara atas talian melalui laman sesawang dari Syarikat Iscada Net Sdn Bhd iaitu www.isnet.my
 

Apakah maksud APA?

APA atau Alat Pemadam Api Mudah Alih merupakan alat pemadaman yang direkabentuk dengan berat media pemadaman tidak melebihi 20 kg dan dapat dibawa serta beroperasi dengan tangan dengan baik. APA mengandungi media pemadaman bertekanan yang dapat disembur bagi tujuan memadamkan api.
 

Apakah fungsi APA?

i) Untuk memadamkan api disaat kebakaran baru bermula 
ii) Untuk memadamkan kebakaran kecil 
iii) Untuk mencegah api menjadi bertambah besar
iv) Untuk membuat jalan keluar dari bangunan sekiranya laluan terhalang oleh api.
 

Apakah jenis-jenis APA dan kegunaannya?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bilakah APA perlu diselenggara?

APA perlu diselenggara dan dibawa untuk pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) SETAHUN SEKALI. APA juga perlu ‘RECHARGE’ setiap kali selepas digunakan atau apabila jarum pada tolok tekanan tidak berada pada zon berwarna hijau.

Siapakah yang boleh menyelenggara APA?

JBPM telah menetapkan hanya kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar sahaja dibenarkan membuat penyelenggaraan APA (https://efeis1.bomba.gov.my/portal/index.php).

Berapakah jangka hayat silinder APA?

Sepuluh (10) tahun. Jangka hayat silinder dikira bermula dari bulan dan tahun APA diperbuat (manufacturing date).

Bagi APA yang berada di tahun terakhir hayat, bolehkan ianya diselenggara atau memperbaharui pelekat barkod?

Boleh sekiranya hayat APA masih berbaki melebihi 6 bulan dari tarikh pemeriksaan. Contohnya APA yang dikeluarkan pada bulan Disember 2007 dan APA ingin diperiksa pada Januari 2017, maka masih sah kerana hayat APA masih berbaki 12 bulan iaitu akan berakhir pada Disember 2017.

Adakah APA yang dipasang pada teksi, kenderaaan awam, kenderaan perdagangan, kapal, bot dan feri perlu menggunakan sistem eFEIS dan pemeriksaan Bomba?

Tidak perlu.

Bolehkah saya memindahkan APA daripada premis yang telah didaftarkan?

Tidak boleh

Adakah kontraktor perlu menggantikan APA yang lain apabila mengambil APA untuk diselenggara dari premis?

Kontraktor perlu meletakkan APA sebagai pengganti jika mengeluarkan APA dari premis (jumlah APA pengganti bergantung kepada bahaya kebakaran yang wujud).

Bagaimana proses permohonan sokongan pelesenan JBPM?

Perlu melalui agensi pengeluar lesen seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak PBT akan mengeluarkan satu (1) surat menyatakan pemohon perlu memohon sokongan pelesenan dari agensi yg berkaitan.

Adakah saya perlu pergi ke Ibu Pejabat JBPM atau JBPM Negeri untuk memohon sokongan pelesenan JBPM?

Pemohonan sokongan pelesenan JBPM adalah melalui Pejabat Zon JBPM Negeri kecuali bagi WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Perlis yang tidak mempunyai Pejabat Zon.

Bagaimana cara untuk mendapatkan Malaysia Standard (MS) Document?
 
Untuk mendapatkan MS Document, anda boleh membelinya secara terus dengan hadir ke kaunter jualan di Jabatan Standard Malaysia (JSM) di Cyberjaya atau anda boleh membelinya dengan menghantar permohonan melaui email at sales@jsm.gov.my. Pembelian secara atas talian akan diadakan pada masa akan datang. Anda boleh memilih untuk membeli MS Document dalam bentuk PDF ataupun bercetak.

Apakah Standard yang menjadi rujukan JBPM selain daripada Malaysia Standard (MS)?

Berikut adalah standard yang dirujuk oleh JBPM selain daripada MS:
a. National Fire Protection Association (NFPA)
b. British Standard (BS)
c. European Standard (EN)

Apakah jenis premis yang memerlukan Perakuan Bomba?

Semua premis yang dikategorikan sebagai Premis Ditetapkan memerlukan Perakuan Bomba. Ciri – ciri Premis Ditetapkan adalah sepertimana jadual berikut:
 
JADUAL PREMIS DITETAPKAN
 
Penggunaan Premis Saiz Tempat
1. Perpustakaan  Melebihi 2000 meter persegi (keluasan jumlah lantai) Keseluruhan Malaysia
2. Hospital dan Rumah Rawatan
(i) 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) 
 
(ii)    5 tingkat dan lebih
Keseluruhan Malaysia
3. Hotel
(i) Koridor terbuka – 100 bilik dan lebih bagi setiap blok
 
(ii) Reka bentuk lain – 
 
(a) 2 tingkat hingga 3 tingkat dengan 101 bilik dan lebih
 
(b) 4 tingkat dan lebih dengan 51 bilik dan lebih
Keseluruhan Malaysia
4. Asrama dan Dormitori
(i)     Koridor terbuka – 
 
(a) 10 tingkat dan lebih atau 5000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)  
 
(ii)    Reka bentuk lain –
 
(a) 6 tingkat dan lebih atau 3000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
Keseluruhan Malaysia
5. Pejabat Ketinggian 30 meter dan lebih atau 10,000 meter persegi dan lebih (jumlah keluasan lantai kasar)  
6. Kedai 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)  
7. Kilang
(i) 1 tingkat - 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang terpasang sistem semburan automatik;
 
(ii)       2 tingkat dan lebih - 2000 meter persegi dan
             lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang
             terpasang sistem semburan automatik;
 
(iii)      Kompleks kilang – Proses berbahaya 
Keseluruhan Malaysia
8. Tempat Perhimpunan
(i) Bangunan di bawah aras pelepasan diri 1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
 
(ii) Tempat perhimpunan 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
Keseluruhan Malaysia
9. Storan dan Am
(i) Tempat letak kereta bawah tanah 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang terpasang sistem semburan automatik
 
(ii) 1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) atau 7000 meter padu dan lebih dan yang terpasang sistem semburan automatik
Keseluruhan Malaysia

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bagaimana cara untuk memohon Perakuan Bomba?

Permohonan Perakuan Bomba boleh dibuat melalui atas talian melalui pautan berikut https://www.bless.gov.my/bless/action/login?show

Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat permohonan pembaharuan Perakuan Bomba?

Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba hendaklah dibuat tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh tamat tempoh perakuan bomba berkuasa.

Bagaimana untuk menubuhkan Bomba komuniti di kawasan kami?

Penubuhan Bomba Komuniti adalah dengan mengemukakan permohonan di Pejabat Zon atau balai bomba terdekat
 
Keahlian pasukan Bomba Komuniti di sarankan supaya sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang bagi setiap pasukan.

Bagaimana untuk menubuhkan Skuad Bomba di sekolah pondok/tahfiz kami?

Penubuhan Skuad Bomba dibuat dengan cara mendaftar di Jabatan Bomba negeri masing-masing
Keahlian sekurang-kurangnya 10 orang bagi setiap pasukan.
Keahlian adalah digalakkan kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas.

Bagaimana untuk menubuhkan Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (3K) di tadika kami?

Penubuhan Kelab 3k cara mendaftar di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia berhampiran.

Sekiranya berlaku kebakaran, di talian apakah yang perlu saya hubungi?

Anda perlu menghubungi talian kecemasan  iaitu 999

Anak saya berminat hendak menyertai Bomba, macam mana untuk membolehkan saya dapatkan borang?

Calon mestilah membuat permohonan/pendaftaran SPA 8 dan mengisi borang dengan lengkap serta memilih jawatan iaitu sama ada KB 19, KB 29 atau KB 41.

 

2   3                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Halaman 3 dari 3

 

 




Kemaskini pada 2020-09-18 17:02:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page