Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

SOALAN LAZIM BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN SEMASA PKP COVID-19


OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l


Adakah semua urusan pentadbiran pejabat di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa?

Hanya perkhidmatan pelanggan yang melibatkan orang awam/syarikat di kaunter sahaja ditutup sehingga tamat tempoh PKP ini.

Lain-lain urusan seperti surat menyurat melalui pos, email, pertanyaan talipon kepada pegawai-pegawai yang terlibat dan talian talipon kaunter Bahagian masih diteruskan seperti biasa.



Adakah permohonan kelulusan perakuan bahan dan system perlindungan kebakaran (baru dan pembaharuan) boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP ini?

Semua permohonan dan pertanyaan berhubung kelulusan perakuan baru dan pembaharuan bagi Sijil Perakuan Bahan Sistem Perlindungan Kebakaran hanya boleh dilakukan melalui surat pos atau permohonan melalui email rasmi sahaja. Semua permohonan dan pertanyaan melalui email rasmi adalah seperti berikut:perakuanbahan@bomba.gov.my



Adakah permohonan untuk taklimat produk peralatan kebombaan boleh dilakukan sepanjang tempoh ini?

Semua permohonan dan pertanyaan berhubung permohonan untuk taklimat pruduk peralatan kebombaan hanya dibenarkan melalui surat pos atau permohonan melalui email sahaja. Semua permohonan dan pertanyaan melalui email rasmi adalah seperti berikut:research@bomba.gov.my



Adakah ujian ketahan api (bagi pintu rintangan api/wall system) yang telah dijadualkan diteruskan dilakukan sepanjang tempoh PKP ini?

Semua pengujian makmal (ujian ketahanan api) ditangguhkan sepanjang tempoh PKP ini.



Adakah urusan pengumpulan tabung halon (Bank Halon) boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP ini?

Semua urusan berkaitan Bank Halon ditangguhkan sepanjang tempoh PKP ini.


 

 

 

 



Kemaskini pada 2020-04-28 14:32:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page