Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

SOALAN LAZIM BAHAGIAN UDARA SEMASA PKP COVID-19


Adakah pengoperasaian pesawat JBPM masih dilaksanakan sepanjang tempoh PKP?

 
Ya, semua pesawat jabatan sentiasa diletakkan dalam keadaan siap sedia beroperasi 7 hari seminggu seperti biasa di Pangkalan Udara JBPM Subang, Bertam dan Pangkalan Operasi Udara Miri.
 

Apakah tugasan operasi yang boleh dilaksanakan dalam tempoh PKP berkuatkuasa?

 
Tugasan operasi yang dilaksanakan meliputi tugasan pemadaman kebakaran hutan menggunakan bambi bucket, penyelamatan udara iaitu mencari dan menyelamat (SAR) dan pemindahan pesakit (Medivac) termasuklah tugasan khas pemindahan pesakit Covid-19 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
 

Sekiranya pesawat jabatan diarahkan untuk melaksanakan tugasan khas pemindahan pesakit Covid-19, adakah krew yang terlibat dibekalkan dengan PPE yang mencukupi?

Jabatan mempunyai SOP lengkap berkaitan operasi pemindahan pesakit Covid-19 di mana PPE yang lengkap akan dibekalkan kepada krew oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah keselamatan dan perlindungan.

Adakah terdapat tugasan yang tidak dilaksanakan atau ditangguhkan sepanjang tempoh PKP?

Ya, terdapat tugas yang tidak dilaksanakan atau ditangguhkan sepanjang tempoh PKP seperti tugasan bukan operasi seperti pameran, demonstrasi kebombaan, latihan pengukuhan pasukan khas dan sebagainya.

 

 

 



Kemaskini pada 2020-04-28 14:41:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page