Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

SOALAN LAZIM BAHAGIAN LATIHAN SEMASA PKP COVID-19


OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l


Terdapat Pegawai Bomba yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, adakah permohonan sambung belajar boleh dikemukan? 

Sekiranya terdapat sebarang Pegawai Bomba yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran oleh mana-mana Institusi Pengajian Tinggi, permohonan perlu diangkat ke Bahagian Latihan Ibu Pejabat JBPM mengikut prosedur kerja sedia ada. Permohonan tidak terkesan dengan tempoh PKP.



Bagi Pegawai Bomba yang sedang melanjutkan Pengajian Secara Sambilan (PJJ) dan sesi pembelajaran ditangguhkan sebagai mana arahan PKP, bagaimana status kelulusan pengajian bagi pegawai tersebut?

Kelulusan tempoh pengajian pegawai tersebut tidakakan berubah tetapi jika tempoh pengajian perlu dilanjutkan, pegawai tersebut perlu memohon pelanjutan tempoh pengajian semula kepada KetuaPengarah bagimelayakkan pegawai itu menggunakan Cuti Kursus Sambilan ( Rujukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 tahun 2009 – Cuti Kursus Sambilan) dan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri peperiksaan ( Rujukan Perintah Am bab C, Para 44). Pegawai perlu menghadiri kerja seperti  biasa jika Universit itidak lagi mengadakan kuliah.

Kuasa Pelulus (Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)



Bagi Pegawai Bomba yang sedang melanjutkan Pengajian Sepenuh Masa di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara dan luar Negara dan sesi pembelajaran ditangguhkan sebagaimana arahan PKP, bagaimana status kelulusan pengajian bagi pegawai tersebut?

Tempoh Kelulusan pegawai terbabit adalah tertakluk kepada keputusan semasa dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian PengajianTinggi di mana pegawai terbabit sedang belajar kerana tempoh pengajian pegawai terbabit adalah dibawah kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA)

Kuasa Pelulus (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam)



Sekiranya Pegawai Bomba berminat bagi memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), adakah terkesan dengan perintah PKP?

Permohonan HLP adalah terbuka dan perlu diangkat namun perlu berpandukan kepada syarat tawaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan memerlukan sokongan Ketua Jabatan.



Program Perkhemahan Kadet peringkat kebangsaan tahun 2020 telah ditunda ke tahun 2021. Adakah program pelaksanaan dan pembelajaran Kadet Bomba di peringkat sekolah dibatalkan sepanjang tahun 2020?

Segala program pelaksanaan program kurikulum di peringkat sekolah adalah termaktub kepada arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekiranya terdapat permohonan daripada pihak Pendidikan, Jabatan menyatakan tiada halangan untuk hadir memberikan kelas pembelajaran.



Program Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat kebangsaan telah ditunda ke tahun 2021. Sekiranya terdapat pasukan di peringkat JBPM Negeri ingin meneruskan proses kerja sempena KIK, adakah dibenarkan sepanjang PKP?

Pembentangan akhir projek KIK telah ditunda ke tahun 2021. Tetapi sekiranya terdapat pasukan JBPM Negeri yang masih ingin meneruskan proses kerja projek sepanjang PKP adalah dibenarkan dengan menggunakan sumber sedia ada tanpa melibatkan kumpulan pegawai yang besar. Tema pertandingan masih dikekalkan sebagai mana tahun 2020.



Bagaimana pelaksaan bagi kursus-kursus yang telah dirancang mengikut takwim Bahagian Latihan sepanjang tempoh PKP?

Setiap jenis kursus yang telah dirancang di dalam takwim Jabatan telah ditunda sebagai mana surat dikeluarkan Bahagian Latihan Ibu Pejabat JBPM bertarikh 13 Mac 2020 termasuk Kursus Asas Sains Kebombaan (KSSK),Kursus Diploma Sains Kebombaan (KDSK) dan Kursus Diploma Lanjutan Sains Kebombaan (KDLSK). Hanya Kursus Wajib yang sedang berjalan (KSKK) diteruskan di bawah pemantauan yang rapi.



Adakah program perbarisan sempena Sambutan Hari Anggota Bomba (SHAB) diteruskan mengikut takwim Jabatan?

Perbarisan sempena SHAB 2020 adalah dibatalkan. SHAB 2020 hanya akan disambut melalui hebahan amanat YAS Ketua Pengarah melalui hebahan teknologi maklumat dalam talian keseluruh negara. 



Adakah program latihan bagi pengukuhan pasukan JBPM Negeri dalam persediaan Pertandingan Kawad Kecekapan yang dijadualkan pada September 2020 boleh diadakan?

Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) yang dirancang untuk diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur adalah ditunda ke tahun 2021. Tiada keperluan bagi mana-mana pasukan JBPM Negeri untuk mengadakan latihan pengukuhan.


 

 

 

 



Kemaskini pada 2020-04-28 14:23:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page