Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

SOALAN LAZIM BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN SEMASA PKP COVID-19


OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l



Adakah system eFEIS masih boleh diakses semasa  PKP?

Ya, system masih boleh diakses semasa PKP. Pendaftaran APA masih boleh dibuat seperti biasa.



Adakah tempahan APA boleh dibuat semasa PKP?

Tidak, bagi mengelakkan penularan wabak covid19, semua pusat pemeriksaan APA ditutup dan tiada aktiviti pemeriksaan dijalankan.



Adakah premis akan dikenakan apa-apa tindakan sekiranya APA yang telah tamat tempoh tidak diperbaharui semasa tempoh PKP?

Tidak, penguatkuasaan tidak akan dijalankan semasa tempoh PKP bagi menghadkan pergerakan.



Bilakah APA yang telah tamat tempoh boleh diperbarui?

Setelah PKP ditamatkan



Bagaimanakah dengan status tempahan APA yang telah dibuat sebelum PKP?

Tempahan yang telah dibuat sebelum PKP boleh dibawa ke pusat pemeriksaan selepas PKP tamat tanpa perlu membuat pindaan tarikh pemeriksaan. Kontraktor perlu menghubungi pusat pemeriksaan sebelum hadir ke pusat eFEIS bagi mengelakkan kesesakan di pusat eFEIS.



Adakah permohonan competent person dan contractor APA boleh dibuat semasa PKP?

Ya, permohonan competent person dan contractor APA boleh dibuat dan akan diproses seperti biasa



Adakah permohonan pemeriksaan keselamatan kebakaran bagi CCC, FC dan MBK boleh dibuat semasa PKP?

Tidak, semua aktiviti pemeriksaan keselamatan kebakaran dihentikan buat sementara waktu semasa PKP.



Adakah kaunter Bahagian Keselamatan Kebakaran dibuka semasa PKP?


Tidak, semua urusan hanya boleh dibuat secara atas talian. Permohonan perakuan pelan M&E dan Arkitek boleh dibuat melalui pos.



Adakah permohonan surat sokongan lesen perniagaan boleh dibuat semasa PKP?

Tidak, disebabkan permohonan surat sokongan lessen perniagaan akan melibatkan pemeriksaan bangunan. Ianya dihentikan buat sementara waktu semasa PKP.



Adakah syarikat boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya perakuan bomba (fire certificate – FC) telah tamat tempoh?

Kelulusan pengoperasian mana-mana syarikat adalah di bawa hbidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).



Bagi tujuan FC dan pembaharuan FC, adakah pemeriksaan akan dijalankan sepanjang tempoh PKP?


Tiada pemeriksaan dijalankan sepanjang PKP bagi tujuan FC dan pembaharuan FC. Walaubagaimanapun, permohonan FC dan pembaharuan FC hendaklah dibuat secara atas talian seperti biasa, iaitu dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh FC.



Premis ditetapkan hendaklah mempunyai FC seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Bagaimana pula premis ditetapkan yang telah tamat tempoh FC semasa tempoh PKP ini? Adakah akan dikenakan tindakan undang-undang terhadap premis ditetapkan tersebut?

Tindakan undang-undang tidak akan diambil kepada premis ditetapkan bagi kesalahan berhubungan dengan FC, seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988.



Jika berlaku kebakaran di premis ditetapkan semasa tempoh PKP ini, adakah syarikat masih akan dilindungi insurans sekiranya tempoh kuatkuasa FC telah tamat?

Jabatan ini memohon agar pihak syarikat yang terlibat dapat berbincang dengan syarikat insurans masing-masing memandangkan ini adalah di luar bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan ini.


Adakah syarikat boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya perakuan bomba (fire certificate – FC) telah tamat tempoh?
 
Kelulusan pengoperasian mana-mana syarikat adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
 

Bagi tujuan FC dan pembaharuan FC, adakah pemeriksaan akan dijalankan sepanjang tempoh PKP?

Tiada pemeriksaan dijalankan sepanjang PKP bagi tujuan FC dan pembaharuan FC. Walau bagaimanapun, permohonan FC dan pembaharuan FC hendaklah dibuat secara atas talian seperti biasa, iaitu dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh FC.
 

Premis ditetapkan hendaklah mempunyai FC seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Bagaimana pula premis ditetapkan yang telah tamat tempoh FC semasa tempoh PKP ini? Adakah akan dikenakan tindakan undang-undang terhadap premis ditetapkan tersebut?

Tindakan undang-undang tidak akan diambil kepada premis ditetapkan bagi kesalahan berhubungan dengan FC, seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
 

Jika berlaku kebakaran di premis ditetapkan semasa tempoh PKP ini, adakah syarikat masih akan dilindungi insurans sekiranya tempoh kuat kuasa FC telah tamat?

Jabatan ini memohon agar pihak syarikat yang terlibat dapat berbincang dengan syarikat insurans masing-masing memandangkan ini adalah diluar bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan ini.

 

 

 

 




Kemaskini pada 2020-05-05 12:17:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page