Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

ISU JBPM SEMASA PKP

SOALAN LAZIM BERKAITAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19


OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l


BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT

Adakah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Negeri dan Balai Bomba dan Penyelamat boleh bertugas secara “bekerja dari rumah”?

Tidak, kecuali dengan arahan kuarantin di rumah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 



Adakah pengeluaran Salinan Laporan Kecemasan dan Kebakaran (SLKK) oleh JBPM Negeri boleh dilakukan semasa PKP?

Tidak



Adakah penghantaran dokumen permohonan berkaitan SLKK masih boleh dilakukan oleh orang awam.

Ya



Adakah Individual Proficiency Physical Test (IPPT) bagi pegawai dan anggota masih perlu dibuat?

Tidak



Adakah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) masih perlu menjalankan latihan berkala seperti yang telah ditetapkan.

Tidak



Adakah PBS boleh menjalankan sanitasi awam?

Tidak, kecuali bersama JBPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Adakah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri perlu menghantar laporan latihan dan rekod kehadiran panggilan kes PBS perlu dikemaskini dalam Sistem Myapp?

Ya



Adakan kursus remidial Pegawai Bomba Bantuan (PBB) masih perlu dijalankan?

Tidak



Adakah penglibatan PBB dalam operasi dan sanitasi awam dibenarkan?

Ya



Adakah PBB layak dibayar elaun sepertimana Elaun Khas Kepada Pegawai Bomba Dalam Menangani Penularan Wabak COVID pada kadar RM200.00 sebulan

Ya



Adakah pemeriksaan pili bomba perlu dijalankan?

Tidak



Adakah aduan berkaitan pili bomba boleh diambil tindakan?

Ya



Adakah penyelenggaraan pili bomba boleh dibuat?

Tidak, kecuali kecemasan



Adakah pemasangan baru bagi pili bomba boleh dibuat?

Tidak



Adakah mesyuarat bersama pihak berkuasa air tempatan dan agensi berkaitan pengurusan pili bomba perlu dibuat?

Tidak


 
Adakah pelaksanaan Jadual Tugas Harian (JTH) masih boleh dijalankan?
 
1 . Kelas - Boleh diadakan namun tertakluk kepada peraturan Perintah Kawalan Pergerakan seperti mengekalkan jarak social dan bukan berada di ruang yang tertutup.
2.  Sukan/ Riadah / senaman (workout) -  Aktiviti sukan hendaklah digantikan dengan aktiviti secara kumpulan kecil dan di dalam kawasan balai.
3.  Aktiviti Luar -  Tidak dibenarkan
 

 
Adakah pemeriksaan peralatan dan jentera serta kerja- kerja pembersihan balai perlu dibuat?.
 
Ya
 

Adakah pasukan khas seperti Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Hazardous Material Team (HAZMAT) dan Emergency Medical Response Services (EMRS) masih perlu menjalani kursus pengukuhan (latihan remedial)?

Ya, latihan mandatori untuk pasukan- pasukan khas iaitu HAZMAT, EMRS dan PPDA perlu bagi memenuhi jam modul latihan.
 

Adakah pasukan khas PPDA, HAZMAT dan EMRS layak menerima elaun?

Ya
 

Apakah pasukan yang perlu dipanggil bagi operasi yang melibatkan pemindahan mangsa Patient Under Investigation (PUI), Person Under Surveillance (PUS) dan Positif COVID-19? 

Pasukan Khas HAZMAT dan EMRS
 

Adakah jentera EMRS boleh digunakan bagi pemindahan mangsa positif COVID- 19?

Ya, perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada KKM atau Jabatan Kesihatan Negeri. Jentera EMRS perlu dinyahcemar dan kawasan terdedah perlu di balut dengan plastic pembalut lutsinar (wrapper).
 

Apakah peralatan yang perlu digunakan bagi merawat pesakit peringkat awal yang tidak sedarkan diri?

Bag Valve Mask (BVM)
 

Apakah tindakan yang perlu dibuat ke atas jentera EMRS setelah membawa dan menghantar pesakit positif COVID-19?

Perlu berhubung dengan Jabatan Kecemasan Hospital tersebut bagi proses nyahcemar jentera EMRS yang akan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik pihak KKM atau anggota disertai.
 

Adakah nyahcemar pada badan boleh dilakukan dengan cara  pancutan spray atau gerbang sanitasi?

Tidak, hanya boleh dilakukan kepada anggota yang menggunakan PPE minimum Level C.
 

Adakah pihak JBPM ada menyediakan perkhidmatan nyahcemar untuk dipohon oleh syarikat swasta yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP?

Tidak, jabatan tidak ada menyediakan perkhidmatan tersebut kepada pihak swasta. Perkhidmatan berkenaan boleh diperolehi dari mana-mana syarikat swasta lain yang ada menawarkan perkhidmatan nyahcemah serta dapatkan khidmat nasihat kaedah perlaksanaan nyah cemar dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
 

Maklumbalas Persoalan Berkenaan Pembayaran Elaun Khas Covid-19 Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa NEMC COVID-19 JBPM Bil. 9/2020

Mohon penjelasan status pembayaran Elaun Syif Anggota Pasukan Hazmat (RM 30) yang dalam masa yang sama menerima Elaun Khas COVID-19? 

Perkara ini sedang dipanjangkan kepada JPA untuk tindakan dan maklumbalas.



Adakah had bilangan anggota yang layak untuk menerima Elaun Khas COVID-19 ini? 

Tiada had untuk menerima elaun ini selagi ianya selari dengan Perkara 9  di dalam Garis Panduan Pemberian Elaun Khas Bulanan Kepada Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Dalam Menangani Dan Membendung Penularan Wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, pentadbiran negeri dan balai disaran untuk memastikan bilangan petugas adalah releven dengan tugasan COVID-19 yang dilaksanakan.



Adakah Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Operasi Negeri layak untuk menerima elaun ini? 

Layak sekiranya mematuhi mana-mana kriteria di Perkara 9 dalam Garis Panduan Pemberian Elaun Khas Bulanan Kepada Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Dalam Menangani Dan Membendung Penularan Wabak Covid-19 dengan disertakan pembuktian atau pengesahan dilampirkan bersama Borang Bayaran Khas COVID-19



Adakah Pegawai Bomba Bantuan Layak Dibayar Elaun Khas COVID-19? 

Layak. Selari dengan Perkara 5 iaitu “Pegawai” bermaksud Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan, Pegawai Gunasama dan Sokongan yang berkhidmat di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.



Adakah anggota Bomba menjalankan sanitasi awam di kawasan Zon Hijau atas arahan Pegawai Daerah atau pihak berkepentingan layak dibayar elaun khas COVID-19? 

Layak sekiranya menjalankan sanitasi awam di kawasan Zon Hijau atas arahan Pegawai Daerah atau pihak berkepentingan dengan pembuktian pengarahan tersebut disertakan bersama Borang Bayaran Khas COVID-19



Adakah pakar hazmat layak untuk claim elaun covid sekiranya hanya memberikan khidmat secara konsultasi yang berterusan dalam pengurusan kes covid (bilangan hari untuk konsultasi melebihi tambah bilangan hari operasi cukup 3 hari)? 

Layak sekiranya khidmat secara konsultasi itu dijalankan secara bertugas melalui Pusat Gerakan Operasi. Tidak layak sekiranya khidmat tersebut diberikan melalui bertugas melalui rumah atau tidak terlibat secara langung di dalam pengurusan tersebut.



Adakah petugas bilik gerakan covid-19 JBPM Negeri layak mendapat elaun covid sekiranya cukup 3 hari bertugas? Sekiranya layak, masa bertugas 8 pagi hingga 8 pagi esoknya adakah dikira sebagai 1 hari atau 2 hari? 

Layak berdasarkan Perkara 9. Bertugas 24 jam pada satu-satu masa adalah dikira sebagai 1 hari walaupun masa bertugas bermula 8 pagi hingga 8 pagi keesokkannya.


 




Kemaskini pada 2020-05-05 12:12:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page