Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Kedah - Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Pantai Timur

Selasa, 30 Disember 2014 - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah bersama warga Kedah bersama-sama menyumbang barang keperluan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Orang ramai mula menghantar sumbangan berupa makanan, pakaian, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa serta barang keperluan asas yang lain pada 27 hingga 29 Disember 2014 di Ibu Pejabat, JBPM Negeri Kedah.  Semua sumbangan tersebut akan di hantar ke pusat pengagihan di negeri terbabit dengan menggunakan tiga buah lori dengan muatan lima tan pada 31 Disember 2014.

JBPM Negeri Kedah turut menghantar bot dan anggota untuk membantu memindahkan mangsa banjir yang teruk melanda negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
 
 Gambar: Anggota dan kakitangan JBPM Negeri Kedah serta ahli PERISMA sedang mengagihkan dan mengasingkan barang-barang keperluan yang disumbangkan oleh orang ramai
SUMBER/FOTO: ICT
 

Terima kasih diucapkan kepada PERISMA Negeri Kedah dan orang ramai dalam membantu menjayakan misi ini. Adalah diharapkan dengan bantuan ini boleh membantu meringankan beban yang ditanggung akibat musibah banjir dan berharap bencana yang melanda dapat segera kembali pulih.

"JBPM dan Warga Kedah Prihatin"
 


Kemaskini pada 2014-12-31 23:55:41 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page