Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

IKLAN MENYERTAI PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) UNTUK BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH PITAS, SABAH

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :-

  1. Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan
     
  2. Nama : Balai Bomba dan Penyelamat Pitas, Sabah
     
  3. Elaun : Elaun Kehadiran
     
  4. Syarat Lantikan : 
    • Warganegara Malaysia;
    • Bukan Anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.
    • Penilaian Menengah Rendah(PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
    • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
      • Tinggi sekurang-kurangnya 1.60m bagi lelaki dan 1.55m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • Berat badan sekurang-kurangnya 49kg bagi lelaki dan 47kg bagi wanita;
      • Mempunyai penglihatan yang baik (tidak memakai kaca mata dan kanta lekap);
      • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
      • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
    •  Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
    • Calon hendaklah tinggal atau berkerja berdekatan dengan balai (bagi Balai Bomba dan Penyelamat Kategori D adalah dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke balai);
       
  5. Notis Kebenaran daripada Majikan
    • Bagi calon yang berkerja, kelulusan daripada majikan diperlukan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan - Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai dan Penyelamat yang terdekat atau dimuat turun menerusi pautan Borang PBB 4.
       
  6. Cara Memohon
    • Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati di Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat atau dimuat turun menerusi pautan Borang PBB 3.
    • Semua borang permohonan (Borang PBB 3) hendaklah disertakan dengan lengkap seperti berikut:-
      • Sekeping  gambar terbaharu berukuran pasport;
      • Notis Kebenaran daripada Majikan(Borang PBB 4);
      • Salinan Kad Pengenalan (disahkan benar);
      • Salinan Sijil-Sijil Persekolahan (disahkan benar);
      • dan kelulusan / serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
         
  7. Alamat Permohonan 
    • Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:-

      IBU PEJABAT
      JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 
      SABAH
      Jalan Lintas, Likas,
      Beg Berkunci 30,
      88990 KOTA KINABALU, SABAH
      (U.P : Bahagian Operasi dan Kebombaan)
       
  8. ​Tarikh tutup permohonan : 30 JUN 2020
     
  9. Pertanyaan dan rujukan lanjut :-

    Tn. Rashid bin Daud

    Ketua Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela / Bantuan
    ​​​No.Telefon : 088-422873 / 088-422871 / 088-422879
    Email : cpbsb.sabah@bomba.gov.my

 




Kemaskini pada 2020-04-20 12:22:12 daripada Admin Sabah

  •  
  • Print
  • Email this page