Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Unit Integriti

Penstrukturan Unit Integriti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah berdasarkan kepada PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2013 - PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM. Tujuan Pekeliling Perkhidmatan tersebut adlaah untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Unit Integriti akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan Pegawai dalam jabatan ini menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. 

 

Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini diharapkan akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperakukan penubuhan Unit Integriti melalui surat rujukan JPA.BPO(S)253/2/5-3 Jld 60(65) bertarikh 30 Oktober 2013. Manakala Kementerian Kewangan melalui surat rujukan KK/BPB(19.00)/202/1/2-1JD.19s.k(6)(3) bth 14 November 2013 telah bersetuju untuk meluluskan perakuan penubuhan tersebut dengan Waran Perjawatan Bil.S 224 Tahun 2013 bertarikh 14 November 2013. Dengan ini Unit Disiplin telah dimansuhkan. 


Visi 

  • Mewujudkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta berintegriti di kalangan penjawat awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Misi

  • Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan kelakuan dan tatatertib serta kod tatasusila di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berdasarkan prinsip integriti dan akauntabiliti.


Objektif 

  • Memerangi secara berkesan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. 
  • Memantapkan keberkesanan tadbir urus. 
  • Memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan mekanisme saluran aduan dalaman. 
  • Meningkatkan penghayatan dan mengukuhkan etika kerja serta integriti. 
  • Memantapkan pengawalan tatakelakuan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 


Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang berikut kepada semua lapisan masyarakat dengan cekap dan berkesan.

Dengan itu kami berjanji akan :

  • Memberi Maklum Balas Terima Aduan kepada pengadu dalam masa 3 hari daripada tarikh terima aduan;
  • Menyelesaikan aduan bertaraf mudah dalam masa 5 hari bekerja;
  • Menjalankan siasatan dan mengesyorkan tindakan susulan ke atas setiap aduan peringkat sederhana yang diterima dalam masa 14 hari bekerja;
  • Menjalankan siasatan dan mengesyorkan tindakan susulan ke atas setiap aduan bertaraf kompleks yang diterima dalam masa 365 hari.


Fungsi

Unit Integriti bertanggungjawab terhadap 6 fungsi teras yang merupakan usaha kawalan dalaman jabatan untuk menguruskan integriti dalam organisasi seperti berikut : 

  • Menyelaras Program Pengukuhan Integriti Jabatan
    • Melaksanakan kegiatan penggalakan, penerapan dan penghayatan serta pembudayaan nilai-nilai murni dan kod etika untuk membangunkan anggota dalam jabatan yang mempunyai daya tahan yang tinggi, beretika dan berintegriti. Pembudayaan dan penerapan nilai-nilai murni dan kod etika perlu disepadukan dalam pelaksanaan dasar, perundangan, peraturan serta sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan untuk mengekang warga kerja daripada melakukan sebarang bentuk perlakuan negatif.
  • Menyelaras Program Pengurusan Aduan 
    • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
  • Menyelaraskan Program Tadbir Urus  
    • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
  • Menyelaraskan Program Pematuhan 
    • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa;
  • Menyelaraskan Program Pengesahan, Pengesanan 
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  • Menyelaraskan Program Urusan Tatatertib 
    • Melaksanakan fungsi keurusetiaan tatatertib. Melaksanakan kajian analisa ke atas data-data kes tatatertib untuk mengenalpasti isu, trends bagi cadangan penambahbaikan dan mengambil tindakan pencegahan dan pembetulan dengan segera berdasarkan peruntukan undang-undang atau peraturan sedia ada. 


Carta Organisasi

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Unit Integriti.

Alamat Surat Menyurat

Unit Integriti
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Tingkat 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.

Tel : 03 - 8892 7757 /  03 - 8892 7769

Fax : 03 - 8888 0829

 

 

 




  •  
  • Print
  • Email this page